aku mulakan dengan kalimah besar..menunjuk kan rasa payah dan berat untuk menyatakan ..aku tak mau perjuangan kita yang tak mengenal pangkat , kedudukan , wang ringgit , darjat mahupun kebesaran ini SIA SIA.. perjuangan menegak kan KALIMAH ALLAH di tempat yang sepatutnya kita letakkan sebagai pengakuan kita sebagai KHALIFAH di muka bumi..
Hj Nizar yang aku sanjungi dan hormati..sehingga kawan kawan aku kat tempat kerja pun bila cakap ngan aku ( depa akan cakap.. ni org kuat Nizar ni ) aku bangga walaupun depa hanya perli aku..tanpa rasa malu .. hari tu bila kawan kawan aku menunjuk 1 gambar (disertakan) yang buat aku terpaku membisu dan menahan air mata dari tumpah..
Aku sedih..dan hanya kepada allah aku bermohon agar memberi aku kekuatan agar perjuangan yang aku sayangi dan perjuangkan ini tidak SIA SIA
Aku boleh saja memberitahu mereka bahawa ini adalah simbul kegelapan SPRM..tapi ini bukan masanya untuk kita memegang lilin yang menyala sambil bertafakur selepas sehari kematian..
Mohan lah keampunan dari allah dan menyesal atas perbuatan kita..Allah maha mendengar lagi maha pengampun..kasihlah kita atas perjuangan kita selama ini dan semoga kita akan diberkati allah..DUNIA AKHIRAT
JANGANLAH kita terus memberi alasan demi melepaskan kekusutan DUNIAWI.. aku sayangkan jamaah ini JAMAAH ISLAMIAH..dan kalau JAMAAH ini tidak di restui tuhan jamaah apakah lagi yang tinggal untuk kita terus berjuang..aku sayangkan pemimpin2 kita yang pasti tidak kedapatan dalam UMNO..
Aku mohon maaf kalau nasihat ini menyinggung perasaan tapi terpaksa aku lakukan kerana aku tahu AGAMA ITU NASIHAT..dan katakanlah yang BENAR itu walaupun PAHIT..
Lilin yang cuma dipasang pada BIRTHDAY CAKE adalah haram disisi islam..tambahan lilin yang dipegang semasa kematian biar apa pun niat kita boleh berkait rapat soal AKIDAH..paling tidak pun bukan ajaran islam..kita kena terima hakikat..dan mohon keampunan tuhan..
Penyokong2, teman2 , abang2 semua..janganlah korang marah dan benci dengan apa yang aku cakapkan kerana kerana sesungguh nya aku telah mewakili korang semua untuk menyatakan yang benar..kita semua di dalam jamaah ini insyaallah terlepas di hari pembalasan kerana ada di kalangan kita yang memberi NASIHAT.. aku menegur untuk kita tidak dipersalahkan di akhirat..biarlah ulamak UMNO tak berani tegur apa yang pemimpin mereka buat..KITA LAIN
Semoga apa yang aku cakapkan ini tidak berlarutan ..aku bermohon dari allah kerana dia maha mengetahui apa yang ada dalam hatiku..mohon keampunan dari ALLAH..
Sedikit masa lagi insyallah DUN PERAK akan di bubarkan..PEMURAH ALLAH AKAN MEMENANGKAN KITA DENGAN LEBIH BANYAK KERUSI ..DAN KEMURKAAN ALLAH AKAN MENGHANCURKAN KITA..NA’UZUBILLAH HUMINZAALIIK..
KITA MENANG KERANA ALLAH..
KITA KALAH KERANA ALLAH..
MARAH ADALAH SIFAT SYAITAN..
IMAN MENUJU KEREDHAAN ALLAH..
MOHON KEAMPUNAN ILAHI…
Yang baik itu datangnya dari allah
Yang tidak baik itu datangnya dari diri kita sendiri..
No comments:
Post a Comment