taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Wednesday, July 22, 2009

PAHIT ITU UBAT


aku mulakan dengan kalimah besar..menunjuk kan rasa payah dan berat untuk menyatakan ..aku tak mau perjuangan kita yang tak mengenal pangkat , kedudukan , wang ringgit , darjat mahupun kebesaran ini SIA SIA.. perjuangan menegak kan KALIMAH ALLAH di tempat yang sepatutnya kita letakkan sebagai pengakuan kita sebagai KHALIFAH di muka bumi..
Hj Nizar yang aku sanjungi dan hormati..sehingga kawan kawan aku kat tempat kerja pun bila cakap ngan aku ( depa akan cakap.. ni org kuat Nizar ni ) aku bangga walaupun depa hanya perli aku..tanpa rasa malu .. hari tu bila kawan kawan aku menunjuk 1 gambar (disertakan) yang buat aku terpaku membisu dan menahan air mata dari tumpah..
Aku sedih..dan hanya kepada allah aku bermohon agar memberi aku kekuatan agar perjuangan yang aku sayangi dan perjuangkan ini tidak SIA SIA
Aku boleh saja memberitahu mereka bahawa ini adalah simbul kegelapan SPRM..tapi ini bukan masanya untuk kita memegang lilin yang menyala sambil bertafakur selepas sehari kematian..
Mohan lah keampunan dari allah dan menyesal atas perbuatan kita..Allah maha mendengar lagi maha pengampun..kasihlah kita atas perjuangan kita selama ini dan semoga kita akan diberkati allah..DUNIA AKHIRAT
JANGANLAH kita terus memberi alasan demi melepaskan kekusutan DUNIAWI.. aku sayangkan jamaah ini JAMAAH ISLAMIAH..dan kalau JAMAAH ini tidak di restui tuhan jamaah apakah lagi yang tinggal untuk kita terus berjuang..aku sayangkan pemimpin2 kita yang pasti tidak kedapatan dalam UMNO..
Aku mohon maaf kalau nasihat ini menyinggung perasaan tapi terpaksa aku lakukan kerana aku tahu AGAMA ITU NASIHAT..dan katakanlah yang BENAR itu walaupun PAHIT..
Lilin yang cuma dipasang pada BIRTHDAY CAKE adalah haram disisi islam..tambahan lilin yang dipegang semasa kematian biar apa pun niat kita boleh berkait rapat soal AKIDAH..paling tidak pun bukan ajaran islam..kita kena terima hakikat..dan mohon keampunan tuhan..
Penyokong2, teman2 , abang2 semua..janganlah korang marah dan benci dengan apa yang aku cakapkan kerana kerana sesungguh nya aku telah mewakili korang semua untuk menyatakan yang benar..kita semua di dalam jamaah ini insyaallah terlepas di hari pembalasan kerana ada di kalangan kita yang memberi NASIHAT.. aku menegur untuk kita tidak dipersalahkan di akhirat..biarlah ulamak UMNO tak berani tegur apa yang pemimpin mereka buat..KITA LAIN
Semoga apa yang aku cakapkan ini tidak berlarutan ..aku bermohon dari allah kerana dia maha mengetahui apa yang ada dalam hatiku..mohon keampunan dari ALLAH..
Sedikit masa lagi insyallah DUN PERAK akan di bubarkan..PEMURAH ALLAH AKAN MEMENANGKAN KITA DENGAN LEBIH BANYAK KERUSI ..DAN KEMURKAAN ALLAH AKAN MENGHANCURKAN KITA..NA’UZUBILLAH HUMINZAALIIK..
KITA MENANG KERANA ALLAH..
KITA KALAH KERANA ALLAH..
MARAH ADALAH SIFAT SYAITAN..
IMAN MENUJU KEREDHAAN ALLAH..
MOHON KEAMPUNAN ILAHI…
Yang baik itu datangnya dari allah
Yang tidak baik itu datangnya dari diri kita sendiri..

Sunday, July 19, 2009

MANEK URAI 3







..dalam pukul 11 pagi isnin kami bertolak ke Manek Urai ..K.Krai ke Manek Urai lebih kurang 24Kilometer mengambil masa setengah jam ..kami pusing sampai hujung jalan ke Gua Musang ..di kiri kanan jalan meriah sungguh bilik bilik gerakan PAS mahupun pihak lawan..dan dalam banyak banyak bilik gerakan paling mendapat perhatian aku adalah BILIK GERAKAN INDUK TENAGA NATIONAL (pun ada..sorry tak sempat amek gambar) betul betul pilihanraya ni..kami singgah sekejap di bilik gerakan induk PAS (MTD) untuk cari info sikit di samping shopping apa yang patut..
DUN Manek Urai dibahagikan pada 9 Unit Peti Undi dan PAS PERAK di tempat kan di Manek Urai Lama..1 UPU dilantik 2 org YB menjadi Ketua Bilik Gerakan..menuju ke Manek Urai Lama kami terserempak dgn van UMNO bahagian Lumut di salah satu bilik gerakan yang aku dah lupa UPU mana..
Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama di hubungkan oleh satu jambatan yang panjangnya kurang lebih 150 – 200 meter hanya boleh memuatkan 1 kereta pada satu masa.. jambatan tu lah yang di jadikan salah satu isu masa pilihanraya ni..
Dalam pukul 2 petang DS Wan Azizah sampai bilik gerakan dan jumpa muslimat di bahagian belakang rumah dan tanyakan kalau ada apa program..muslimat memang rancak dgn program2 mereka..
Kemudian sampai YB Khalil Idham Lim, Hj Nizar , Dato’ Husam , Ust Ahmad Awang..dab beberapa pimpinan kerajaan Kelantan termasuk Ust Shamsul Zaman(ust budak)..Program petang ziarah rumah ke rumah oleh kesemua pimpinan di ketuai Ust Ahmad Awang..dan kemuncak program ialah jeng jeng jeng..mencabut bendera BN di hadapan rumah ketua pemuda UMNO dan digantikan oleh bendera PAS atas undangan ketua pemuda itu sendiri..
Menuju satu rumah ke rumah kami melaungkan HIDUP HIDUP ..HIDUP RAKYAT..HANCUR HANCUR ..HANCUR BN..BUBAR DUN PERAK..dan disudahi dgn TAKBIR..ALLAHUAKBAR..ALLAH MAHA BESAR..
Kami ke rumah seorang guru..menurut guru tersebut semalam rumahnya didatangi oleh TPM Muhyideen Yasin dan hari ini guru tersebut meminta semua pimpinan datang ke rumah nya..besar sungguh jiwa guru ni..aku mengandaikan bagi beliau kedatangan TPM kerumahnya akan menjadi fitnah buat org kampung apatah lagi kaki kaki canang puak UMNO ni..org kampung merasakan guru tadi yang kuat menyokong islam pun sokong UMNO ditambah pulak kedatangan TPM ke rumahnya..pasti akan menimbulkan seribu satu soalan buat orang kampung Manek Urai Lama..dan ziarah dari pimpinan PAS ini dapat menjawap pegangan dan memberi orang kampung Manek Urai Lama jawapan nya..Semoga kekuatan yang ada pada guru itu dapat memberi jawapan kepada kepada org kampung Manek Urai Lama dan memberi juga pada kita jawapan akan atas dasar perjuangan tanpa di hadirkan rasa takut,gentar, bimbang , ugutan demi MENDAULATKAN ISLAM INSYAALLAH…
Dalam dok ronda dlm kampung tu ternampak sorang pakcik tengah baring atas pelantar rumah nya ..Hj Nizar dan pimpinan pun singgah tanya khabar pakcik tu..kat rumah pakcik punyalah banyak tampal gambar dacing dan najib (LIHAT GAMBAR)
Dan sebelah rumah tu ada sebuah rumah lagi yang sama banyak poster dacing ditampal macam rumah pakcik tu..aku tanya kat salah sorang muslimat yang ikut kami sekali ..tak pegi rumah tu..apa dia jawap..tu rumah orang INDON sewa tak boleh pangkah..orang UMNO ni bukan sekatat ketua yang menipu ..orang tampal poster dia pun MENIPU..dan kalau nak kuat menipu masuk lah UMNO ……………………LAYAN KEMUDIAN MANEK URAI 4

Friday, July 17, 2009

MANEK URAI 2





Lepas abeh kuliah subuh jemaah masjid At Taqwa ajak makan sekali..kami ke serambi masjid amek tempat nak tido..Kesian tengok Hj Kamarul dgn Pak long letih betul depa..sedar sedar depa dah tido..aku dok pusing kiri pusing kanan..mata tak mau pejam jugak..aku bangun join jemaah masjid makan pagi tu nasi dagang ikan kayu ( ikan aya kata org kelantan ) Hj Kamarul dan Pak long puasa..Hj Kamarul puasa sunat isnin/khamis..Pak long puasa bulan Rejab.. aku? Aku breakfast dengan jemaah kat situ pagi tu..itu lah beza aku dgn mereka(dhomir mereka balik pada pak long ngan hj kamarul) ..kalau ikut sirah aku pasti tak terpilih dok berperang di saf depan
Jemaah kat itu buat aku sebak dgn layanan mesra yang diberikan..mereka betul betul buat aku insaf akan diri..tiada langsung sifat sombong , bongkak yang ada hanyalah sifat ramah , mesra yang pasti akan terpahat di hati aku..TERIMA KASIH.. kalau dalam UMNO jangan harap lah nak dapat layanan macam ni..masing masing sombong dan ego..maklumlah projek juta juta..HARTA DUNIA
Selesai makan aku sempat sembang kejap ngan Hj Nizar dan dari situ aku tahu Hj Nizar tinggal di banglo berdekatan..aku sambung baring dan terlelap..sedar sedar Hj Kamarul kejutkan aku..Abeh je mandi sorang penduduk kat situ kebetulan turun dari rumahnya dan beborak ngan kami ( lihat gambar ) menurut nya penduduk kat situ kebanyakannya ahli PAS dan kalau tak silap hanya 2/3 rumah saja yang masih DULU.KINI..(UMNO ler tu )
Bapa beliau berasal dari Kuala Kangsar tapi dah menetap kat Kelantan..dan ada sorang adik yang bekerja di Manjung sekarang ni..Hj Kamarul kebetulan kenal dgn adik beliau..beliau ada 2 rumah dan tinggal di satu lagi ..beliau ke situ untuk menukar kenderaan..bayangkan keadaan yang seperti ini berlaku di KELANTAN punya 2 rumah serentak dan boleh tukar tukar pulak kenderaan yang disukai..LIHAT GAMBAR RUMAH BELIAU BEWARNA ORANGE..rumah yang cantik begini pun dia buat transit je..TENGOK DALAM TV KATA RAKYAT KELANTAN MISKIN..aku sempat menanyakan hal ini kepada beberapa orang dan peniaga ..semua nya menafikan ORANG KELANTAN SUSAH…memang kerja UMNO tipu rakyat..
MENUJU KE MEDAN PEPERANGAN…NANTIKAN MANEK URAI 3

MANEK URAI - 1



Selepas solat isya’ kat surau aku dan Hj Kamarul berbincang kejap kat luar surau..Pak long masih kat rumah kemaskan barang barang keperluan. Kami memulakan perjalanan dari Taman melati jam 10-malam..berhenti kejap isi minyak kat Petronas Desa Bayu dan Hj Kamarul kosong kan meter jarak..sepanjang perjalanan banyak cerita yang kami bualkan supaya mata tak ngantuk dan mudah mudahan perjalanan kami selamat pergi dan pulang , paling penting semoga perjalanan kami di terima sebagai satu ibadah dan di restui tuhan..AMIN
Dalam rancak bersembang kami dah sampai K.Kangsar menuju ke Grik ..sebelum sampai Tasik Banding kami minum rehatkan badan kejap..dan mula kereta mula memanjat banjaran Titiwangsa ..malam tu kami terserempak dgn sekumpulan gajah..tak banyak kereta sepanjang perjalanan ke jeli cuma bas express dan lori barang menjadi teman perjalanan ..sampai K.Krai pukul 5pagi berhenti makan/sahur dan solat subuh di Masjid Jauhar di simpang tiga ke Manek Urai / Gua Musang..
Selesai berdoa seorang jemaah kat situ buat pengumuman ada sesiapa yang nak dengar kuliah subuh oleh DS Hj Nizar boleh ikut dia kat Masjid berdekatan..kami ambik keputusan nak pegi dan follow jemaah tu. Top betul Hj Nizar kat sini..rata rata warga Kelantan begitu terpesona dgn Hj Nizar..
Hj Nizar dan Hj Amin di tempat di sebuah banglo di kawasan ini(kalau tak salah kubang lebur dlm kawasan kuchil)..turun dari kereta aku dengar perlahan je suara ustaz yang bagi kuliah..aku rasa mungkin Hj Nizar tak jadi nak kuliah subuh kat sini..apapun kami pun masuk dalam Masjid Al Taqwa dan memang Hj Nizar sedang menyampaikan kuliah nya..rasa kagum betul aku dgn Hj Nizar ni..
Jemaah yang jadi pemandu jalan tadi duduk sebelah aku..dia tepuk paha aku dan tanya “meme haji Nizar bole kecek kelate ke” aku jawab dengan senyum je kat sahabat tu..Sungguh kalau aku tak masuk dalam masjid memang aku tak kata Hj Nizar yang bagi tazkirah..sebijik wa cakap lu ..mcm orang Kelantan..Hj Nizar memang peka dalam dok bagi tazkirah tu sempat ucap selamat datang untuk kami dari Perak..Hj Nizar tak kenal aku..mungkin dia perasan Pak long kot..semua jemaah terpaku dengar tazkirah subuh tu..sahabat sebelah aku tak abeh abeh dok puji Hj Nizar ..aku? aku tumpang syok sajalah…TUNGGU MANEK URAI 2

* PERJALANAN MANJUNG KE KUALA KRAI : 403 KILOMETER

Wednesday, July 15, 2009

TIRU LAH UMNO

Sah dan benar Abe Uji menang 65 undi bagi mengekalkan DUN Manek Urai yang masih memihak kepada PAS. Pelbagai spekulasi serta andaian yang kita dengar dari mulut penyokong 2 kita sendiri mahupun dari pihak lawan.
Ada yang kata kita menang tapi kurang majoriti kerana wang mencurah curah masuk dari pihak dari UBN ..
ada pulak cakap pasal calon kita kurang mantap dari segi pelajaran berbanding calon UBN.. ada yang cakap pasal PAS sekarang dah campur dengan kaum cina/india dan susut sokongan melayu…
tak kurang yang cakap kemajuan/jambatan punya angkara.. Kalau dinilai setiap nilaian itu mempunyai kebenaran ..
Kita sedia maklum wang memang mainan politik UBN sejak zaman kain batik dan kain pelikat lagi..kita sudah masak benar perkara itu dan kita pum telah sepakat UMPAN KITA MAKAN, MATA KAIL JANGAN KITA GIGIT..
maknanya duit sapu , undi jangan bagi..kita sedia maklum…
Kita juga telah tersedia dengan usrah dan juga kuliah bagi memilih dan menilai calon bukan atas sebab kekayaan duniawi semata atau kemajuan negeri/negara kerana matlamat kita adalah akhirat.. sebab itu lah kita tidak memerlukan bas free dan duit poket untuk kita berjuang..kita sedia maklum..
Kita juga paham benar kita berjuang bukan atas dasar assabiyah tapi atas jalan islam dan semua bangsa perlu duduk dibawah panji panji islam.. kita sedia maklum..
Kalau lah benar spekulasi itu semua , maka kita PIMPINAN..ULAMA’..MUSLIMAT..USTAZ..PEMUDA termasuk KITA SENDIRI gagal dalam menerangkan buat sahabat sahabat kita yang di atas pagar kerana 1500(seribu lima ratus )undi adalah pengundi atas pagar yang ada potensi dan telah pun menyokong kita pada 2004 dulu..
Sahabat semua kita MENANG ..sekali lagi di ulang kita MENANG ..percaya lah UMNO kalau dapat kemenangan yang sebegini pasti akan mereka lupakan segala majoriti tipis itu dan mereka akan riuh sekampung walaupun hanya bertelurkan , TELUR TEMBELANG…
Dan marilah kita contohi UMNO yang akan merayakan kemenangan walau hanya menang SEPARUH UNDI…

Friday, July 10, 2009

SOLAT HAJAT

(gambar ihsan otai-manjung)


SOLAT HAJAT MOHON KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT MANEK URAI

PADA : 11 JULY ( SABTU )
JAM : 9-00 MALAM ( SELEPAS SOLAT ISYA' )
BERTEMPAT : SURAU NADWAH ISLAMIAH TAMAN MELATI

TUAN / PUAN DI JEMPUT HADIR ....

Tuesday, July 7, 2009

SEMBANG WANITA

Pagi tadi aku berkesempatan mendengar perbualan ringkas 3 orang wanita yang berada tak jauh dari tempat duduk aku.Aku kenal dengan ketiga tiga orang wanita tu dan seorang darinya tukang kempen UMNO tak bertauliah.
Dia memulakan dengan menceritakan bagaimana dia menghantar anaknya ke PLKN. Banyak betul bas yang hantar bebudak tu – katanya . Semua bebudak melayu jer , tambahnya lagi . Langsung takde bebudak India ke cina ke – tanya yang sorang lagi . Ada ler sikit . Camna ni - tadi kata semua bebudak melayu .
Dasar UMNO penipu.Katanya lagi nanti dapat elaun dari KERAjaan untuk bebudak tu. Betapa prihatinnya KERAjaan kepada kita sebab nak basmi gejala dadah dan mat rempit dengan sanggup keluar banyak duit buat PLKN – katanya.Betul ke PLKN dapat membantu ? Sorang wanita lagi yang dah mula muak dengan cerita tu mula tambah , tapi buat buat tanya : ari tu pegi bayar yuran sekolah , macam macam yuran kena , yuran itulah , yuran inilah , kena dekat RM300.00 ngomelnya.
Wanita UMNO tu kata : betullah tu kan ari tu KERAjaan cakap tak yah bayar dulu nanti di bincang kan , dan depa dah bincang sekarang bayar lah . Sekali lagi UMNO yang di wakili wanita tu berbohong pada rakyat . Kita perlu paham UMNO walau peringkat atas mahupun yang rendah pasti akan putar belit kenyataan dalam apa sitiuasi untuk terus menegak kan benang basah .

Satu lagi yang aku sedih mengenangkan kefahaman islam yang dibawakan oleh KERAjaan tentu nya pimpinan UMNO adalah salah dan memang jauh dari kehendak islam itu sendiri . Patutlah sesetengah orang melayu masih lagi munjunjung UMNO . UMNO telah berjaya memisahkan pemikiran org org melayu ,agama lain , tuntutan islam lain , politik islam lain , ibadah lain , semua nya dipisah kan .
Adalah menjadi tugas kita untuk menyampaikan kepada mereka dengan cara yang betul . Segala perbuatan buruk seperti tak mampu tertanggung oleh kita sekarang seperti pecah rumah , rompak , ragut , rempit , dadah dan banyak lagi TIDAK AKAN dapat di selesai kan dgn PLKN … akan tetapi agama ISLAM lah yang dapat menyelesaikan itu semua seperti yang di janjikan allah kepada kita .
Hanya ISLAM yang mampu menyelesaikan , janji kita mestilah patuh kpd tuntutan islam yang sebenar nya . PLKN hanya menambahkan lagi segala satu macam masaalah kepada kita .Dan beliau sekali lagi memutar belit cerita mengatakan hanya anak org melayu saja yang KERAjaan tanggung ke PLKN wahhal mak bapak org india , cina sebenarnya kurang berminat nak hantar anak anak mereka ke sana .Mereka pun tahu PLKN tak akan dapat membantu anak anak mereka .
Pasti ada mee di sebalik udang … KERAjaan ada mengumumkan tidak ada yuran untuk sekolah sekolah seperti yang di bentang dalam belanjawan yang lepas . Juga tidak di luluskan buku buku sampingan yang juga memberi beban kepada mak bapak .
Untuk menghilang kan ingatan mak bapak kepada budget belanjawan tu maka pihak sekolah kata tak payah bayar awal tahun , benda ni kita akan bincang dan kemukakan kelak . Bila tiba pertengahan penggal maka mak bapak sekali lagi terbeban dengan yuran yang terpaksa dilangsai kan .
Yuran tersebut seperti biasa di bayar pada awal tahun permulaan sekolah dan bila KERAjaan dalam budget tahun lepas tidak ada yuran untuk tahun ini .Benar lah ME LAYU mudah lupa

… Dimana UMNO kuat di situ MELAYU merempat
...Dimana UMNO perintah di situ STADIUM runtuh…

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417