taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Friday, December 18, 2009

KEBAJIKAN CARA BN



Minggu lalu saya memperbaharui cukai jalan untuk motorsikal.Cukai jalan memang telah di mansuhkan sejak beberapa tahun lalu melalui dasar keprihatinan BN kepada golongan berpendatan rendah.
Kononnya untuk menggalakan rakyat memperbaiki taraf hidup dgn berjimat wang bayaran cukai jalan RM30-60 setahun berdasarkan cc motorsikal.
Pada awal julai 2009 polisi kebajikan ini dilanjutkan pula dgn potongan harga kepada sesiapa yg mengambil lesen motorsikal.

DASAR TIDAK IKHLAS
Namun apa yg saya alami minggu lalu adalah seseuatu yg rakyat 1 Malaysia wajib faham mengenai BERI TANGAN KANAN , AMBIL TANGAN KIRI pemerintah BN
Motorsikal sy berusia lebih 7 tahun. Mengikut dasar lama, motorsikal yg selesai ansuran (hutang) tidak perlu lagi mengambil polisi first party atau komprehensif yg harganya mahal mencecah RM200. Memadai polisi third party yg hanya dlm lingkungan RM60 - 80 sahaja.
Tapi kali ini,kerani di pejabat pos memberitahu peraturan baru KERAjaan motorsikal dibawah 10 tahun mesti mengambil polisi komprehensif.Oleh kearan motorsikal sy melebihi 120cc maka harga insuran nya hampir RM250.Bayangkan jumlah ini cukup untuk menampung belanja pasar golongan berpendatan sederhana untuk seminggu. Bagi keluarga yg tidak ramai dan bukan di kawasan bandar cukup untuk belanja 1 bulan.
Inilah sebenarnya polisi KERAjaan BN. Mereka mengurangkan harga pada satu perkhidmatan dan dlm masa yg sama menaikkan perkhidmatan yg lain.Hancurlah KERAjaan zhalim. Memang dlm baget 2010 ada disebut pemotongan cukai pendapatan dan penambahan subsidi.Tapi kita dapati barang barang keperluan harian naik mendadak.
KERAjaan kemudian mempersalahkan pengeluar krn menaikan harga sewenang wenangnya. Rakyat telah diperbodohkan 2kali. Mustahil pengeluar besar seperti nestle,lever brothers dan lain lain boleh menaikan harga sesuka hati tanpa disaman ole KERAjaan. Mereka pengilang besar bukannya beroperasi bangsal belakang rumah yg boleh lari jika dicari penguat kuasa.

WUJUD PERJANJIAN
Jadi mengapa mereka boleh menaikan harga? Berkemungkinan mereka ada perjanjian dgn KERAjaan untuk ganti penambahan subsidi yg diberikan. Perkara ini juga berlaku pada syarikat insuran tadi. Mustahil insuran motorsikal boleh diubah polisi nya bawah 10 tahun perlu first party tanpa pengetahuan KERAjaan. Jika KERAjaan membenarkan,apakah motifnya? menampung pengurangan cukai? Kalau benar, memang betul betul KERA
Hal yg sama berlaku pada pengusaha gula yg hanya dimonopoli segelintir syarikat yg rapat dgn KERAjaan. Ubat ubatan yg melambung harganya, juga beras yg dikuasai oleh kroni BN. Mereka monopoli dan terus menekan rakyat, inilah yg membuat rakyat semakin muak dan menyampah pd KERAjaan. Susah untuk kita bertemu seperti polisi Pakatan rakyat beri air percuma,hadiah untuk warga emas tanpa mengenakan apa apa cukai tambahan.
Wang sudah menjadi mainan KERAjaan BN yg mengaut keuntungan negara dan terus menindas rakyat dari satu perkara ke satu slogan..KERAjaan zhalim pasti akan hancur..

Pengguna Resah bersama penulis
Gombak,S'gor

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417