taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Friday, July 17, 2009

MANEK URAI - 1



Selepas solat isya’ kat surau aku dan Hj Kamarul berbincang kejap kat luar surau..Pak long masih kat rumah kemaskan barang barang keperluan. Kami memulakan perjalanan dari Taman melati jam 10-malam..berhenti kejap isi minyak kat Petronas Desa Bayu dan Hj Kamarul kosong kan meter jarak..sepanjang perjalanan banyak cerita yang kami bualkan supaya mata tak ngantuk dan mudah mudahan perjalanan kami selamat pergi dan pulang , paling penting semoga perjalanan kami di terima sebagai satu ibadah dan di restui tuhan..AMIN
Dalam rancak bersembang kami dah sampai K.Kangsar menuju ke Grik ..sebelum sampai Tasik Banding kami minum rehatkan badan kejap..dan mula kereta mula memanjat banjaran Titiwangsa ..malam tu kami terserempak dgn sekumpulan gajah..tak banyak kereta sepanjang perjalanan ke jeli cuma bas express dan lori barang menjadi teman perjalanan ..sampai K.Krai pukul 5pagi berhenti makan/sahur dan solat subuh di Masjid Jauhar di simpang tiga ke Manek Urai / Gua Musang..
Selesai berdoa seorang jemaah kat situ buat pengumuman ada sesiapa yang nak dengar kuliah subuh oleh DS Hj Nizar boleh ikut dia kat Masjid berdekatan..kami ambik keputusan nak pegi dan follow jemaah tu. Top betul Hj Nizar kat sini..rata rata warga Kelantan begitu terpesona dgn Hj Nizar..
Hj Nizar dan Hj Amin di tempat di sebuah banglo di kawasan ini(kalau tak salah kubang lebur dlm kawasan kuchil)..turun dari kereta aku dengar perlahan je suara ustaz yang bagi kuliah..aku rasa mungkin Hj Nizar tak jadi nak kuliah subuh kat sini..apapun kami pun masuk dalam Masjid Al Taqwa dan memang Hj Nizar sedang menyampaikan kuliah nya..rasa kagum betul aku dgn Hj Nizar ni..
Jemaah yang jadi pemandu jalan tadi duduk sebelah aku..dia tepuk paha aku dan tanya “meme haji Nizar bole kecek kelate ke” aku jawab dengan senyum je kat sahabat tu..Sungguh kalau aku tak masuk dalam masjid memang aku tak kata Hj Nizar yang bagi tazkirah..sebijik wa cakap lu ..mcm orang Kelantan..Hj Nizar memang peka dalam dok bagi tazkirah tu sempat ucap selamat datang untuk kami dari Perak..Hj Nizar tak kenal aku..mungkin dia perasan Pak long kot..semua jemaah terpaku dengar tazkirah subuh tu..sahabat sebelah aku tak abeh abeh dok puji Hj Nizar ..aku? aku tumpang syok sajalah…TUNGGU MANEK URAI 2

* PERJALANAN MANJUNG KE KUALA KRAI : 403 KILOMETER

No comments:

Post a Comment

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger