Sah dan benar Abe Uji menang 65 undi bagi mengekalkan DUN Manek Urai yang masih memihak kepada PAS. Pelbagai spekulasi serta andaian yang kita dengar dari mulut penyokong 2 kita sendiri mahupun dari pihak lawan.
Ada yang kata kita menang tapi kurang majoriti kerana wang mencurah curah masuk dari pihak dari UBN ..
ada pulak cakap pasal calon kita kurang mantap dari segi pelajaran berbanding calon UBN.. ada yang cakap pasal PAS sekarang dah campur dengan kaum cina/india dan susut sokongan melayu…
tak kurang yang cakap kemajuan/jambatan punya angkara.. Kalau dinilai setiap nilaian itu mempunyai kebenaran ..
Kita sedia maklum wang memang mainan politik UBN sejak zaman kain batik dan kain pelikat lagi..kita sudah masak benar perkara itu dan kita pum telah sepakat UMPAN KITA MAKAN, MATA KAIL JANGAN KITA GIGIT..
maknanya duit sapu , undi jangan bagi..kita sedia maklum…
Kita juga telah tersedia dengan usrah dan juga kuliah bagi memilih dan menilai calon bukan atas sebab kekayaan duniawi semata atau kemajuan negeri/negara kerana matlamat kita adalah akhirat.. sebab itu lah kita tidak memerlukan bas free dan duit poket untuk kita berjuang..kita sedia maklum..
Kita juga paham benar kita berjuang bukan atas dasar assabiyah tapi atas jalan islam dan semua bangsa perlu duduk dibawah panji panji islam.. kita sedia maklum..
Kalau lah benar spekulasi itu semua , maka kita PIMPINAN..ULAMA’..MUSLIMAT..USTAZ..PEMUDA termasuk KITA SENDIRI gagal dalam menerangkan buat sahabat sahabat kita yang di atas pagar kerana 1500(seribu lima ratus )undi adalah pengundi atas pagar yang ada potensi dan telah pun menyokong kita pada 2004 dulu..
Sahabat semua kita MENANG ..sekali lagi di ulang kita MENANG ..percaya lah UMNO kalau dapat kemenangan yang sebegini pasti akan mereka lupakan segala majoriti tipis itu dan mereka akan riuh sekampung walaupun hanya bertelurkan , TELUR TEMBELANG…
Dan marilah kita contohi UMNO yang akan merayakan kemenangan walau hanya menang SEPARUH UNDI…
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
8 years ago
No comments:
Post a Comment