taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Tuesday, July 7, 2009

SEMBANG WANITA

Pagi tadi aku berkesempatan mendengar perbualan ringkas 3 orang wanita yang berada tak jauh dari tempat duduk aku.Aku kenal dengan ketiga tiga orang wanita tu dan seorang darinya tukang kempen UMNO tak bertauliah.
Dia memulakan dengan menceritakan bagaimana dia menghantar anaknya ke PLKN. Banyak betul bas yang hantar bebudak tu – katanya . Semua bebudak melayu jer , tambahnya lagi . Langsung takde bebudak India ke cina ke – tanya yang sorang lagi . Ada ler sikit . Camna ni - tadi kata semua bebudak melayu .
Dasar UMNO penipu.Katanya lagi nanti dapat elaun dari KERAjaan untuk bebudak tu. Betapa prihatinnya KERAjaan kepada kita sebab nak basmi gejala dadah dan mat rempit dengan sanggup keluar banyak duit buat PLKN – katanya.Betul ke PLKN dapat membantu ? Sorang wanita lagi yang dah mula muak dengan cerita tu mula tambah , tapi buat buat tanya : ari tu pegi bayar yuran sekolah , macam macam yuran kena , yuran itulah , yuran inilah , kena dekat RM300.00 ngomelnya.
Wanita UMNO tu kata : betullah tu kan ari tu KERAjaan cakap tak yah bayar dulu nanti di bincang kan , dan depa dah bincang sekarang bayar lah . Sekali lagi UMNO yang di wakili wanita tu berbohong pada rakyat . Kita perlu paham UMNO walau peringkat atas mahupun yang rendah pasti akan putar belit kenyataan dalam apa sitiuasi untuk terus menegak kan benang basah .

Satu lagi yang aku sedih mengenangkan kefahaman islam yang dibawakan oleh KERAjaan tentu nya pimpinan UMNO adalah salah dan memang jauh dari kehendak islam itu sendiri . Patutlah sesetengah orang melayu masih lagi munjunjung UMNO . UMNO telah berjaya memisahkan pemikiran org org melayu ,agama lain , tuntutan islam lain , politik islam lain , ibadah lain , semua nya dipisah kan .
Adalah menjadi tugas kita untuk menyampaikan kepada mereka dengan cara yang betul . Segala perbuatan buruk seperti tak mampu tertanggung oleh kita sekarang seperti pecah rumah , rompak , ragut , rempit , dadah dan banyak lagi TIDAK AKAN dapat di selesai kan dgn PLKN … akan tetapi agama ISLAM lah yang dapat menyelesaikan itu semua seperti yang di janjikan allah kepada kita .
Hanya ISLAM yang mampu menyelesaikan , janji kita mestilah patuh kpd tuntutan islam yang sebenar nya . PLKN hanya menambahkan lagi segala satu macam masaalah kepada kita .Dan beliau sekali lagi memutar belit cerita mengatakan hanya anak org melayu saja yang KERAjaan tanggung ke PLKN wahhal mak bapak org india , cina sebenarnya kurang berminat nak hantar anak anak mereka ke sana .Mereka pun tahu PLKN tak akan dapat membantu anak anak mereka .
Pasti ada mee di sebalik udang … KERAjaan ada mengumumkan tidak ada yuran untuk sekolah sekolah seperti yang di bentang dalam belanjawan yang lepas . Juga tidak di luluskan buku buku sampingan yang juga memberi beban kepada mak bapak .
Untuk menghilang kan ingatan mak bapak kepada budget belanjawan tu maka pihak sekolah kata tak payah bayar awal tahun , benda ni kita akan bincang dan kemukakan kelak . Bila tiba pertengahan penggal maka mak bapak sekali lagi terbeban dengan yuran yang terpaksa dilangsai kan .
Yuran tersebut seperti biasa di bayar pada awal tahun permulaan sekolah dan bila KERAjaan dalam budget tahun lepas tidak ada yuran untuk tahun ini .Benar lah ME LAYU mudah lupa

… Dimana UMNO kuat di situ MELAYU merempat
...Dimana UMNO perintah di situ STADIUM runtuh…

No comments:

Post a Comment

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger