..dalam pukul 11 pagi isnin kami bertolak ke Manek Urai ..K.Krai ke Manek Urai lebih kurang 24Kilometer mengambil masa setengah jam ..kami pusing sampai hujung jalan ke Gua Musang ..di kiri kanan jalan meriah sungguh bilik bilik gerakan PAS mahupun pihak lawan..dan dalam banyak banyak bilik gerakan paling mendapat perhatian aku adalah BILIK GERAKAN INDUK TENAGA NATIONAL (pun ada..sorry tak sempat amek gambar) betul betul pilihanraya ni..kami singgah sekejap di bilik gerakan induk PAS (MTD) untuk cari info sikit di samping shopping apa yang patut..
DUN Manek Urai dibahagikan pada 9 Unit Peti Undi dan PAS PERAK di tempat kan di Manek Urai Lama..1 UPU dilantik 2 org YB menjadi Ketua Bilik Gerakan..menuju ke Manek Urai Lama kami terserempak dgn van UMNO bahagian Lumut di salah satu bilik gerakan yang aku dah lupa UPU mana..
Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama di hubungkan oleh satu jambatan yang panjangnya kurang lebih 150 – 200 meter hanya boleh memuatkan 1 kereta pada satu masa.. jambatan tu lah yang di jadikan salah satu isu masa pilihanraya ni..
Dalam pukul 2 petang DS Wan Azizah sampai bilik gerakan dan jumpa muslimat di bahagian belakang rumah dan tanyakan kalau ada apa program..muslimat memang rancak dgn program2 mereka..
Kemudian sampai YB Khalil Idham Lim, Hj Nizar , Dato’ Husam , Ust Ahmad Awang..dab beberapa pimpinan kerajaan Kelantan termasuk Ust Shamsul Zaman(ust budak)..Program petang ziarah rumah ke rumah oleh kesemua pimpinan di ketuai Ust Ahmad Awang..dan kemuncak program ialah jeng jeng jeng..mencabut bendera BN di hadapan rumah ketua pemuda UMNO dan digantikan oleh bendera PAS atas undangan ketua pemuda itu sendiri..
Menuju satu rumah ke rumah kami melaungkan HIDUP HIDUP ..HIDUP RAKYAT..HANCUR HANCUR ..HANCUR BN..BUBAR DUN PERAK..dan disudahi dgn TAKBIR..ALLAHUAKBAR..ALLAH MAHA BESAR..
Kami ke rumah seorang guru..menurut guru tersebut semalam rumahnya didatangi oleh TPM Muhyideen Yasin dan hari ini guru tersebut meminta semua pimpinan datang ke rumah nya..besar sungguh jiwa guru ni..aku mengandaikan bagi beliau kedatangan TPM kerumahnya akan menjadi fitnah buat org kampung apatah lagi kaki kaki canang puak UMNO ni..org kampung merasakan guru tadi yang kuat menyokong islam pun sokong UMNO ditambah pulak kedatangan TPM ke rumahnya..pasti akan menimbulkan seribu satu soalan buat orang kampung Manek Urai Lama..dan ziarah dari pimpinan PAS ini dapat menjawap pegangan dan memberi orang kampung Manek Urai Lama jawapan nya..Semoga kekuatan yang ada pada guru itu dapat memberi jawapan kepada kepada org kampung Manek Urai Lama dan memberi juga pada kita jawapan akan atas dasar perjuangan tanpa di hadirkan rasa takut,gentar, bimbang , ugutan demi MENDAULATKAN ISLAM INSYAALLAH…
Dalam dok ronda dlm kampung tu ternampak sorang pakcik tengah baring atas pelantar rumah nya ..Hj Nizar dan pimpinan pun singgah tanya khabar pakcik tu..kat rumah pakcik punyalah banyak tampal gambar dacing dan najib (LIHAT GAMBAR)
Dan sebelah rumah tu ada sebuah rumah lagi yang sama banyak poster dacing ditampal macam rumah pakcik tu..aku tanya kat salah sorang muslimat yang ikut kami sekali ..tak pegi rumah tu..apa dia jawap..tu rumah orang INDON sewa tak boleh pangkah..orang UMNO ni bukan sekatat ketua yang menipu ..orang tampal poster dia pun MENIPU..dan kalau nak kuat menipu masuk lah UMNO ……………………LAYAN KEMUDIAN MANEK URAI 4
No comments:
Post a Comment