taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Wednesday, August 5, 2009

LILIN SI NIZAR 2


Salam 2 all.
Didalam respon kepada tulisan saya bertajuk Lilin Si Nizar, ramai yang bertanya apa pendirian saya berkenaan perbuatan YB DS Nizar menghadiri serta menyalakan lilin dalam upacara "candlelite vigil" untuk memperingati mendian Teoh Beng Hock.
Pertama yang perlu saya perjelaskan bahawa isu yang saya bangkitkan dalam tulisan tersebut ialah sikap "fatwa selektif" yang dibuat oleh Sahibus Samahah Tan Sri Mufti Perak. Sebagai seorang ulama' dan Mufti, SS Tan Sri Mufti sepatutnya bertindak non-partisan, tanpa memilih bulu dan hendaklah mengeluarkan fatwa atau hukum "without fear or favor". Janganlah kalau sesuatu isu atau perkara itu terkena hidung Raja atau Kerajaan beliau tidak berbuat apa-apa, tapi kalu kena orang lain bukan main laju beliau berfatwa.
Walaubagaimanapun, saya tetap menghormati SS Tan Sri Mufti, cuma kita juga berhak membuat teguran apabila keadaan memerlukan.Berbalik kepada isu YB DS Nizar dalam insiden memasang lilin "candlelite vigil" sempena kematian mendiang Teoh Beng Hock, saya ingin memperjelaskan bahawa saya secara peribadi memang tidak bersetuju dengan tindakan YB DS Nizar menyalakan dan melibatkan diri dalam upacara tersebut.
Malahan ini bukan pertama kali saya menegur YB DS Nizar. Saya satu-satunya MP Pakatan Rakyat yang menegur tindakan beliau menjerit didalam Parlimen sebaik acara angkat sumpah beliau disempurnakan, walaupun saya bersetuju tindakan Be End merampas kuasa di Perak itu tidak sepatutnya berlaku.
Saya tahu tindakan saya itu tidak disenangi ramai dikalangan Pakatan Rakyat, namun saya berpendapat tindakan tersebut tidak sesuai dengan status beliau sebagai bekas MB, dan bercanggah dengan adab dan akhlak seorang Muslim.
Saya sebenarnya tidak pasti apakah hukumnya melibatkan diri dalam upacara "candlelite vigil" saperti yang dilakukan oleh YB DS Nizar, itu kita kena tanya ulama'. Setahu saya Dewan Ulama' PAS sendiri tidak bersetuju dengan tindakan itu dan telah menegur tindakan YB DS Nizar. Bagi saya sendiri apa yang jelas perbuatan tersebut mengundang pelbagai fitnah dan spekulasi negatif. Tambahan perbuatan menyalakan lilin dalam upacara "candlelite vigil" mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi penganut Kristian.Kita telah ditegur oleh ALLAH sendiri didalam banyak ayat didalam Al Quran dan hadis Rasulullah supaya tidak melakukan perbuatan menyerupai Nasara, Yahudi maupun musyrik.Saya sendiri langsung tidak melibatkan diri samada upacara "candlelite vigil", demonstrasi, pengkebumian atau apa-apa upacara berkaitan keagamaan yang melibatkan mendiang Teoh Beng Hock. Malahan pendirian yang sama saya ambil semasa kes Kugan tempohari. Pada saya, sebagai umat Islam, ada batasan yang perlu kita hormati dan patuhi dalam semua perkara.
Walaubagaimanapun, saya tetap berpendirian bahawa siasatan keatas kematian mendiang Teoh hendaklah dibuat dengan transparen, telus dan berdasarkan hukum keadilan supaya kematian beliau dapat disahkan punca sebenarnya. Malahan saya antara orang yang terawal menyiarkan berita kematian mengejut mendiang Teoh.Bagaimanapun apa yang saya nak bangkitkan dalam tulisan saya itu ialah sikap double standard SS Tan Sri Mufti Perak. Beliau patut bertegas dalam semua hal membabitkan hukum samada melibattkan kerajaan, Pembangkang mahupun Raja-Raja. Malahan siapa juga pun tidak kira!Saya juga mahu tahu apa pendirian SS Tan Sri apabila Be End mengambil kuasa Kerajaan Perak melalui "pintu belakang" contohnya. Apa pulak pendirian SS Tan Sri dalam isu DSAI dituduh meliwat tanpa menurut hukum syara'. Apa pula pendirian SS Tan Sri dengan sikap kerajaan terus menerus mengadakan upacara bertafakkur dihadapan Tugu Negara yang diisytiharkan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?
Bagaimana pula dengan sikap pemerintah yang langsung dilihat tidak ambil peduli dalam masalah pramugari Islam yang dipaksa memakai skirt pendek lagi ketat oleh Penerbangan Air Asia. Bagaiaman pula dengan sikap Menteri Agama yang menyatakan Enakmen Jenayah Syarie yang menukar hukuman didalam Al Quran kepada hukuman ciptaan manusia sudah memenuhi kriteria perundangan Islam kerana mempunyai "roh & semangat" ta'zir!? Dan banyak lagi isu yang sebagai Mufti beliau wajib memberikan pandangan dan "fatwanya" kerana membabitkan maslahah umum.Sebagai Mufti, SS Tan Sri wajib menjalankan tugas dan tanggunjawab beliau "without fear or favor", tanpa mengira pangkat dan kedudukan, tanpa mengira warna kulit.Harapan tinggi umat Islam diletakkan kebahu para mufti dan ulama' hari ini untuk membawa kita kearah pengabdian hakiki kapada ALLAH dan mendapat keredhoanNya.
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan petunjuk dan hidayahNya..ameen.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Malam Jumaat
09 Sya'ban 1430
31 Julai 2009

No comments:

Post a Comment

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger