taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Monday, June 8, 2009

PERWAKILAN PAS


*Yang baik jadikan panduan ...sama-sama renung bersama untuk kebaikan semua.. INSYALLAH....YH


Buat masa ini teman masih kekal tidak menyokong UMNO dan sekutunya.
Teman akan mengundi sape sahaja yang lawan UMNO. Teman masih mangkah PR walaupun ada mende2 dalam PR yang teman tak berapa nak suka. Bagi teman tunjang PR ialah PAS. Walau bagaimanapun PAS tetap memerlukan PKR dan DAP. Sebagai rakyat marhaen yang tidak begitu taksub atau teruja dengan mana2 parti dalam PR, teman mahu melihat kerjasama yang lebih erat antara PAS, PKR dan DAP.
Tetapi adakah wujud organisasi PR di peringkat parlimen? Wujudkah PR Parlimen Kuala Kangsar? Wujudkah PR Parlimen Parit? Yang pasti teman berpersepsi yang PAS dengan cara PASnya dan PKR dengan cara PKRnya. Mampuih kome. Teman tak nak menyentuh populasi pengundi di bandar. Melayu bandar majoriti bersama PR.
Teman hanya nak menyentuh tentang populasi pengundi Melayu di kampung2. Teman mengundi di parlimen Kuala Kangsar dan DUN Manong. Kedua2 kerusi ini ditandingi oleh PAS.
Tetapi teman tetap undi PAS walaupun teman ada juga getik pada PAS. PAS baru sahaja bermuktamar. Hebat PAS ini. Perwakilan telah memilih pemimpin mereka untuk mengemudi PAS.
Tetapi tahukah pemimpin PAS bahawa kebanyakan perwakilan itu tidak berjaya mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat kampung. Mereka masih berlatar elit yang lebih banyak bercakap daripada mendengar atau bekerja. Mereka akan segera menyampuk percakapan pak long dan mak ngah sehingga pak long dan mak ngah tidak mahu bercakap lagi. Lebih baik bercakap dengan pimpinan UMNO walaupun apahpun tak dapat. Sekurang2nya dapat juga bercakap panjang lebar. Jadiler...
Apa yang pimpinan PAS kawasan telah buat pada pengundi muda dan tua?
TAK KAN CERAMAH JER?
Tak bolehker markas PAS menyedia dan menganjurkan karoeke? Tapi awal2 lagi ustaz PAS kata haram. Maklumlah yang pimpin PAS dari yang nombor satu sampai ke bawah semuanya berstatus ustaz dan ustazah. Lepas tu marah dan heran ngapeler payah bebenor nak ajak orang ramai datang nengar ceramah. Karang bila dikatakan yang otak pimpinan PAS ni tak berkembang, menyinga pulak. Sebab ituler perwakilan PASpun masih sama dengan katak bawah tempurung.
Satu lagi, pimpinan PAS ini suka sangat memperkecilkan kawan. Sebab ituler teman tidak heran jikalau pimpinan PKR macam kekura. Nampak jer orang PAS, sorok kepala. Malu dan rasa rendah diri. Maklumlah PAS kata dia kuat. PAS ramai calon. PAS banyak jentera. Yang lompat tu pulak exco PKR. Senang citer PAS tak mahu berkompromi dengan PKR. Bukti yang PAS tak sedia kompromi ialah PAS tidak mengusahakan pewujudan organisasi PR peringkat parlimen. PAS nak jadi ketua jer, tapi tak gheti nak hidupkan jawatan ketuanye.
Kalo ikut hati teman, ketua cawangan UMNO sebenornye lebih pandai mengambil hati anak buahnya berbanding ketua cawangan PAS. Dalam bab2 agama memangler PAS di depan. Tapi dalam bab menyentuh hati masyarakat, PAS masih ketinggalan. PAS kena banyak belajor, tapi PAS masih buat2 pandai.
PAS ini nak merintah ker tak nak? Kalo nak merintah, janganler lepaskan ruang dan peluang.
Tapi perwakilan PAS yang majortinya ustaz telah melepaskan peluang dengan masih memilih timbalan yang telah gagal menarik sokongan marhaen macam teman ni.
Ingat, teman mangkah PAS bukan kerana teman sokong PAS. Teman mangkah PAS kerana teman getik bebenor dengan UMNO. Tak ikhlas rupanya teman mangkah PAS. Sebab itu agaknya PAS tak menang .. PASpun tamak, hakap dan gelojoh. Tak caye? Tepuk dada tanya selera.





http://jantantuya.blogspot.com/2009/06/teman-mangkah-pas-tapi-ngape-pas-tak.html

No comments:

Post a Comment

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger