taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Monday, June 15, 2009

LULUS INGGERIS KAT NEGERI MELAYU

Semasa perjalanan ke tempat kerja tadi, saya mendengar radio IKIM.
Dalam bual bicara itu mereka membincangkan berkenaan saranan kerajaan untuk mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM. Pelbagai pandangan dan pendapat di lontarkan oleh pendengar, namun ramai yang membantah.
Saya secara peribadi juga membantah cadangan kerajaan tersebut.
Sepatutnya kerajaan mewajibkan mata pelajaran agama berbanding bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.
Di tengah keadaan masyarakat yang kronik dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral, mata pelajaran agama lebih penting kerana ia dapat mengisi jiwa yang kosong dengan ilmu-ilmu kerohanian.
Sekiranya kerajaan mewajibkan pelajar SPM lulus bahasa Inggeris bermakna mereka wajib belajar bahasa Inggeris. Dalam soal ini sepatutnya mata pelajaran Agama diwajibkan untuk belajar dan lulus dalam SPM.
Sebenarnya tiada gunanya jika ramai pelajar yang mahir berbahasa Inggeris atau memperolehi kecemerlangan tetapi akhlak dan moral mereka amat rendah serta tandus ilmu-ilmu agama.
Bahasa Inggeris bukanlah tiket untuk mencapai kemajuan, negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan Jerman boleh maju dalam semua bidang tanpa mewajibkan pelajar-pelajar mereka lulus dalam bahasa Inggeris dan pencapaian mereka jauh lebih baik.

Sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran menyelesaikan terlebih dahulu isu PPSMI yang ditentang oleh banyak pihak dan rakyat di negara ini sebelum mencadangkan pelbagai lagi dasar-dasar yang membebankan rakyat. Sepatutnya kerajaan lebih prihatin dengan tuntutan rakyat, mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris dalam SPM akan memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar terutama pelajar di luar bandar. Dan sudah pastinya keciciran akan berlaku pada anak-anak melayu di luar bandar yang menjadi mangsa kepada dasar-dasar kerajaan yang sedia ada seperti PPSMI.
Namun begitu, ini bukan bermakna penentangan secara total atas usaha-usaha ini. Bahasa Inggeris perlu diperkasakan dengan tidak meminggirkan bahasa ibunda. Di samping itu, pihak kerajaan sebenarnya perlu melihat tenaga-tenaga pengajar untuk memastikan mereka betul-betul mahir dalam Bahasa Inggeris.

http://addin77.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger