taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Wednesday, June 24, 2009

10 wasiat HASAN AL BANNA

1.Apabila mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau
bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2.Bacalah Al-Quran atau belajar ilmu atau mendengar perkara yang baik atau berzikir.
Janganlah membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab kerana
ia merupakan satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat/berhujah dalam apa perkara pun kerana
pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan
serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih kuat daripada kadar yang dikehendaki oleh
si pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-
pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang
kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat
demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk
memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah
masa perlaksanaannya.

No comments:

Post a Comment

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger