taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Tuesday, June 9, 2009

INTAILAH AKU SEMASA NAMPAK


SHAH ALAM, - Rangkap ketiga pantun yang disampaikan mantan Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu cukup memberi erti yang sangat mendalam kepada hadirin Muktamar PAS ke-55.
"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan,"
kata Hj Mohamad Sabu ketika mengakhiri rangkap pantunya sebelum menamatkan ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, dekat ini hari ini.
Bacaan pantun Hj Mohamad Sabu disambut dengan laungan takbir yang sangat gemuruh oleh perwakilan dan para pemerhati.
Selain itu, beliau juga secara seloroh berkata "...pergilah pimpinan-pimpinan muda ke Parlimen, ke DUN dengan berpakaian kemas , cantik dan elok.....biarlah Abg Mat keluar masuk ke mahkamah...".
Tegasnya lagi kerana keesokan hari (Isnin) beliau akan ke mahkamah kerana kes BERSIH selama 5 hari bermula 8-12 Jun 2009 dan pada 24-26 Jun 2009 pula untuk kes PROTES.
Terdahulu diawal ucapannya, Hj Mohamad Sabu yang menggelarkan dirinya sebagai 'Abang Mat' mengutarakan beberapa isu membabitkan membedah demokrasi seperti isu rampasan kuasa di Perak, pelanggaran undang-undang oleh pihak polis, Umno/BN terhadap kuasa speaker di Perak selain isu memantapkan gerakan memansuhkan ISA. Hj Mohamad Sabu juga menegur
secara sinis kisah-kisah beberapa pimpinan PAS yang di kalangan ulama yang akhirnya menyertai Umno.
Beliau memberi contoh, Dato' Nakhaie Ahmad yang digolongkan sebagai ulama (Ahli Majlis Syura dan Naib Presiden) yang akhirnya menyertai Umno hingga kini. Hj Mohamad Sabu mahu PAS kekal dengan ideologi perjuangan tatkala melihat Umno/BN yang dikuasai Dato' Seri Najib Tun Razak merosakkan kerajaan.
dipetik dari: mohamadsabu.com

No comments:

Post a Comment

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger