Monday, June 29, 2009
10 - SOLAT DI TOLAK

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
SAMA SAMA LAH KITA
TELUR MASIN

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal.
Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
2500 biji
500 biji
100 biji
2500
500
100
18.0
3.6
0.72
22.5
4.5
0.70
15
5.0
0.60
6.25
1.25
0.25
Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
Sunday, June 28, 2009
MENGAPA SAYA TENTANG PPSMI
KALAU ada orang Malaysia mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh maju dengan budaya Melayu, tidak boleh maju dengan bahasa Melayu, mesti dengan bahasa Inggeris, maka orang itulah yang akan saya persalahkan bila dikatakan pemikiran orang kita tidak pernah maju-maju walaupun prasarana di sekelilingnya sudah berada di kelas nombor satu.
Saya tidak nafikan kepentingan bahasa Inggeris, saya juga bersetuju bahawa adalah sesuatu yang bagus untuk menguasai bahasa asing seperti bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Saya tidak menghalang kalau ada orang mengisytiharkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Tetapi kalau saya ke Jepun untuk menyambung pelajaran, saya akan terpaksa belajar bahasa Jepun, tidakkah bahasa Jepun juga bahasa ilmu? Jika saya ke Jordan menyambung pelajaran, saya akan terpaksa belajar bahasa Arab, tidakkah bahasa Arab juga bahasa ilmu? Andai saya ke Jerman untuk belajar kejuruteraan, saya terpaksa belajar bahasa Jerman, tidakkah bahasa Jerman juga bahasa ilmu?
Yang paling penting, jika seorang Rusia datang ke Malaysia untuk menyambung pelajaran, tidakkah dia perlu belajar bahasa Melayu? Maka bukankah bahasa Melayu juga bahasa ilmu?
Orang yang begitu mempertahankan dasar PPSMI mendakwa kononnya jika PPSMI dimansuhkan, ia akan memberi masalah kepada anak-anak kita untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, bukankah banyak sumber rujukan dalam bahasa Inggeris? Orang begini boleh mempersoalkan pula sampai bila kita mahu bergantung kepada penterjemah?
Saya kasihankan orang sebegini. Ternyata dia terlalu berkiblatkan British dan Amerika Syarikat, walaupun pernah hidup di era Dasar Pandang ke Timur. Sudah berapa ramai negara kita menghantar pelajar ke negara-negara seperti Jepun, Rusia, China, Jerman dan Perancis?
Tidak pernah pula saya dengar mereka ini di waktu persekolahannya belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Jepun, Rusia, China, Jerman atau Perancis. Mereka lulus juga, cemerlang juga, pulang ke Malaysia menabur jasa dan bakti.
Orang yang mempersoalkan kebergantungan masyarakat kepada kerja-kerja terjemahan adalah orang yang buta tamadun. Bukankah tamadun Islam bangkit dan berkembang akibat rancaknya aktiviti-aktiviti terjemahan karya filusuf terdahulu seperti Aristotle dan Plato.
Bukankah Barat bangun dari kegelapan dan membina zaman kebangkitannya hasil dari terjemahan karya-karya sarjana Islam sebelumnya? Dan bukankah juga agama Islam sendiri berkembang kerana masyhaf Quran telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa?
Lemahnya penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kita bukan kerana melayunya mata pelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah. Anak-anak kita sudah belajar bahasa Inggeris dari Tahun Satu ke Tahun Enam, dari Tingkatan Satu ke Tingkatan Lima.
Waktu saya dahulu, selain subjek bahasa Inggeris biasa, pelajar juga dibenarkan mengambil English 1119 dalam peperiksaan SPM. Hari ini pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti tempatan pun mesti menduduki peperiksaan MUET. Tidak cukup lagikah pendedahan bahasa Inggeris untuk mereka?
Bagi saya yang salah bukan bila masyarakat menolak dasar PPSMI, tetapi jika benar penguasaan bahasa Inggeris secara umumnya memang lemah di kalangan pelajar kita sejak dahulu, maka yang harus dipersoalkan ialah bentuk latihan yang diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris, dari peringkat sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Silibus dan kaedah latihan guru-guru bahasa Inggeris di maktab-maktab perguruan harus dikaji dan digubal semula, juga semakan turut perlu dibuat terhadap kriteria pemilihan calon-calon guru bahasa Inggeris tersebut.
Ingatlah akan pesan jauhari dahulu-kala, bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Maka bagi bangsa Malaysia yang berbahasa rasmikan bahasa Melayu, bahasa Melayu itulah jiwanya. Hari ini kita sedang menggunapakai satu proses indoktrinisasi yang sesat.
Kita bukan sahaja sedang "membasuh minda" anak-anak kita supaya membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris, tetapi juga mengira dan berteori dalam bahasa Inggeris, lebih parah daripada itu, anak-anak kita ditekan supaya berfikir dan bermimpi dalam bahasa inggeris. Lebih tepat bangsa Malaysia sedang diinggeriskan bahasanya.
Lalu, bila proses indoktrinisasi sesat ini selesai dan berjaya, bangsa Malaysia akan muncul sebagai bangsa yang tiada jiwa. Orked Abdullah adalah seorang Inggeris yang dibesarkan dengan bahasa dan budaya Melayu, jiwa inggerisnya telah mati. Dian P. Ramlee adalah seorang Cina yang dibesarkan dengan bahasa dan budaya Melayu, jiwa Cinanya telah mati.
Dalam konteks pendidikan, ada orang kita yang memilih untuk menolak sistem persekolahan kebangsaan dan mengikuti sistem persekolahan luar yang kononnya internasional. Maka mereka membesar dengan asuhan bahasa asing, pemikiran dibentuk dengan bahasa asing, pergaulan berasaskan bahasa asing, jiwa Malaysia mereka pun mati!
Walau bagaimanapun sosok fizikal mereka masih Malaysia, spesifiknya masih Melayu, kekadang mereka masih mahu bermelayu lewat acara-acara adat dan ritual seperti kenduri kesyukuran dan sebagainya. Tetapi kenduri kesyukuran (yang sepatutnya kita boleh gambarkan aturannya) di tangan mereka menjadi garden style, ada tari-menari. Ahhh… kacau!!!
Kabinet akan membuat keputusan dalam masa terdekat ini sama ada akan meneruskan atau memansuhkan dasar PPSMI. PPSMI dilaksanakan pada waktu negara jiran kita Singapura, yang berbahasa utamakan bahasa inggeris sudah mula berusaha memartabatkan bahasa Mandarin, pada waktu kuasa besar dunia, Amerika Syarikat yang juga berbahasa inggeris, sedang berada di ambang kejatuhan akibat masalah ekonomi dan kewangan yang serius.
PPSMI juga dilaksanakan jauh selepas Empayar British, tonggak bahasa inggeris dunia sudah hanya tinggal nama. Kita bukan melangkah, kita sedang mengundur, bahkan semakin hari semakin ke belakang.
Kalaulah Muhyidin bertanya saya apa keputusan yang patut dibuat, saya tidak perlu berfikir dan termenung untuk menjawab batalkan sahaja, batalkan sebelum terlambat, batalkan sebelum bangsa Malaysia mati jiwanya. TERIMA KASIH
Friday, June 26, 2009
betul ke ni...

PERINGATAN!!!
Gambar-gambar yang disiarkan dibawah agak menggerikan kepada yang lemah semangat, tidak digalakkan melihat..
Kejadian dikatakan berlaku di wilayah selatan Thailand yang telah lama bergolak, Mayat pula kemungkinan besar mayat orang Islam berdasarkan kain kapan dan keranda yang kelihatan.
Inikah yang dikatakan Bangsa Siam Perut Hijau yang terkenal dengan kekejamannya?
Berapa ramaikah Jenazah orang Islam yang telah menjadi hidangan mereka??
Wallahu'alam...














Kepada sesiapa yang pandai tentang superimpose photo, tolong sahkan adakah semua gambar-gambar diatas ni original atau telah diedit.. Dan kalau ada yang lebih mengetahui tentang kejadian dalam gambar ni.. Untuk apa semua ini? Babi dah mahal sangat ka sampai mayat pun dimakan?
Bagaimanapun.. aku rasa nasib mayat ini lebih baik dari seorang perempuan yang mayatnya telah diletupkan dengan C4 di Malaysia.. kesian perempuan itu.. kalau tak ada gambar tak ada sesiapa pun yang akan kenal dia, melainkan mereka-mereka yang telah kenal dia.
Labels: Insaniah yang hilang..
Wednesday, June 24, 2009
syarat menjadi imam

10 wasiat HASAN AL BANNA
bagaimana keadaan kamu sekalipun.
2.Bacalah Al-Quran atau belajar ilmu atau mendengar perkara yang baik atau berzikir.
Janganlah membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab kerana
ia merupakan satu syiar islam.
4. Janganlah banyak berdebat/berhujah dalam apa perkara pun kerana
pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan
serius dalam setiap perkara.
7. Jangan bercakap lebih kuat daripada kadar yang dikehendaki oleh
si pendengar.
8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-
pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang
kebaikan.
9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat
demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk
memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah
masa perlaksanaannya.
Sunday, June 21, 2009
Friday, June 19, 2009
BRAVO NIK AZIZ

Monday, June 15, 2009
lagi pasal SPM
BARU-BARU ini aku lepak kat Kedai Mee Omar Machang Bubok, Bukit Mertajam dan duduk bersama kawan-kawan. Semenangnya kedai kopi adalah parlimen bagi orang kampung. Apa saja isu baik isu dalam kampung, isu negara malah mencangkau isu dunia pasti ada yang akan berdiskusi.
Jika kita hendak tahu apa yang berlaku dalam kampung rajin-rajinlah jengok kat masjid atau kedai kopi. Jika hanya bekerja tanpa menjengok dua tempat ini kita tidak akan tahu apa yang berlaku di tempat kita.
Ketika sedang lepak-lepak datang seorang kawan yang memang kaki bola dan dia ni kalau kata bola sampai Kuala Lumpur dia sanggup pergi dan dia juga sanggup berjegil sampai pagi tengok bola dan keesokannya pastilah tak pergi kerja.
Beliau mengatakan yang usaha kerajaan khususnya Menteri Pendidikan yang baru Tan Sri Mahyudin Yasin amat baik untuk perkembangan sukan. Jadi murid-murid ada banyak masa untuk buat aktiviti lain, Kadang-kadang ada pelajaran yang berbakat besar dalam sukan tapi keluarga tak benarkan dia ambil bahagia takut pelajarannya terjejas.
“Lani dengan hanya 4 mata pelajaran teras dan boleh mengambil sehingga 10 mata pelajaran satu perkembangan yang baik.” Kata teman yang kaki bola.
“Betul! Aku setuju naknya Menteri Pendidikan baru ini lebih prihatin terhadap masalah para pelajar dan baru saja mengambil-alih jawatan itu telah memberikan cadangan yang baik.” sokongan kawan lain yang memang penyokong kuat UMNO.
Kata kawan penyokong umno lagi, kalau dilaksanakan memang baik dulu para pelajar terpaksa belajar lebih kerana mata pelajaran teras 6 dan kini akan dikurangkan 4 dan kalau mereka ambil lebih-lebih 6 dan sekarang paling kurang 8 mata pelajaran.
“Betul!” kata kawan yang kaki bola
“Betul memang betul dan baik memang baik kerana kurangkan mata pelajaran teras daripada 6 kepada 4 dan mungkin para pelajar biasa akan ambil hanya 6 mata pelajaran. Maka pelajar kita akan punya masa yang lebih untuk belajar dan mendalamkan ilmu dan juga ada masa untuk bergiat dalam aktiviti luar. Tapi persoalannya kenapa pelu had hanya 10 mata pelajaran?” kata orang kuat PAS di kampung tempat tinggalku.
“Betul, kalau mereka boleh buat 100A pun biarlah mereka buat tapi mata pelajaran teras biarkan 4. Jadi aku nampak mereka ini para pemimpin UMNO khususnya cemburu anak-anak mereka tak pandai nak dapat dua tiga A pun sussah sebab itu depan had, mereka sakit hati tendok anak orang susah di kampung dapat 21A, 17A dan sebagainya.” Kata seorang penyokong kuat PKR dan di sudahi dengan ketawa yang berderai.
Inilah pengalaman yang aku pernah dan sering lalui. Dan aku hanya menjadi pemerhati dalam sessi perbincangan parlimen kampung ini walaupun hakikatnya ada banyak yang hendak aku lontarkan. Biarlah mereka lontarkan pandangan dan pendapat mereka. Walaupun mereka hanya orang kampung yang mungkin para pemimpin yang berkuasa merasakan orang kampung tidak pandai dan tidak tahu apa dan mereka akan menurut apa saja keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Memang para pemimpin BN khususnya UMNO telah tenggelam dalam kuasa yang mereka ada ditangan dan mereka lupa dan lalai kuasa yang ada ditangan mereka sebenarnya diberikan oleh oleh rakyat bawahan. Mereka lupa itu.
Dalam keadaan ini saya teringatkan kata-kata Datuk seri Dr. Ibrahim Saad kepada saya satu hari ketika berbual dengan beliau.
“Dulu semasa saya sebagai pensyarah saya tak tahu nilai sebenar manusia biasa. Saya selalu memandang rendah kepada mereka. Tapi setelah saya menyertai politik saya baru tahu dan saya baru kenal nilai manusia lagi.”
“Semuanya sama saja tak kira siapa, samada dia itu orang kaya, miskin, panadai atau bodoh semuanya sama saja. Kalau orang kaya boleh bagi duit untuk sponsor tapi orang kaya tak akan naik pokok tampal poster. Jadi kini bagi saya semuanya sama.” katanya.
LULUS INGGERIS KAT NEGERI MELAYU
Dalam bual bicara itu mereka membincangkan berkenaan saranan kerajaan untuk mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM. Pelbagai pandangan dan pendapat di lontarkan oleh pendengar, namun ramai yang membantah.
Saya secara peribadi juga membantah cadangan kerajaan tersebut.
Sepatutnya kerajaan mewajibkan mata pelajaran agama berbanding bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.
Di tengah keadaan masyarakat yang kronik dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral, mata pelajaran agama lebih penting kerana ia dapat mengisi jiwa yang kosong dengan ilmu-ilmu kerohanian.
Sekiranya kerajaan mewajibkan pelajar SPM lulus bahasa Inggeris bermakna mereka wajib belajar bahasa Inggeris. Dalam soal ini sepatutnya mata pelajaran Agama diwajibkan untuk belajar dan lulus dalam SPM.
Sebenarnya tiada gunanya jika ramai pelajar yang mahir berbahasa Inggeris atau memperolehi kecemerlangan tetapi akhlak dan moral mereka amat rendah serta tandus ilmu-ilmu agama.
Bahasa Inggeris bukanlah tiket untuk mencapai kemajuan, negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan Jerman boleh maju dalam semua bidang tanpa mewajibkan pelajar-pelajar mereka lulus dalam bahasa Inggeris dan pencapaian mereka jauh lebih baik.
Sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran menyelesaikan terlebih dahulu isu PPSMI yang ditentang oleh banyak pihak dan rakyat di negara ini sebelum mencadangkan pelbagai lagi dasar-dasar yang membebankan rakyat. Sepatutnya kerajaan lebih prihatin dengan tuntutan rakyat, mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris dalam SPM akan memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar terutama pelajar di luar bandar. Dan sudah pastinya keciciran akan berlaku pada anak-anak melayu di luar bandar yang menjadi mangsa kepada dasar-dasar kerajaan yang sedia ada seperti PPSMI.
Namun begitu, ini bukan bermakna penentangan secara total atas usaha-usaha ini. Bahasa Inggeris perlu diperkasakan dengan tidak meminggirkan bahasa ibunda. Di samping itu, pihak kerajaan sebenarnya perlu melihat tenaga-tenaga pengajar untuk memastikan mereka betul-betul mahir dalam Bahasa Inggeris.
http://addin77.blogspot.com
SABAR
Sifat sabar itu ada dua.
Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah.
Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR)
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:43 AM
Thursday, June 11, 2009
PROGRAM BERSAMA DS NIZAR
1. Lawatan ke Kg. Telaga Nenas & Kg Teluk, Ayer Tawar.
2. Solat Jumaat.
3. Minum Petang di Batu 8, Lekir.
4. Kuliah Magrib di Surau Fasa 3A.
(*Sumber maklumat dr Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang)
Lain-lain Program berkaitan @ Manjung :
PENERANGAN & PERBINCANGAN MENGENAI PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN OLEH YDP PAS LUMUT (MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PERINGKAT KAWASAN LUMUT DI SERI TAALIM).
Tarikh : 14.06.2009
AhadMasa : 9.00am
Tempat : Seri Taalim, Seri ManjungCERAMAH PAKATAN RAKYAT (dari blog YB Ngeh Koo Ham)
Anjuran Pakatan Rakyat Bahagian Lumut
Tarikh: 16HB Jun 2009 (Selasa)
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Padang Tembak, Teluk Muroh, Lumut (Jalan Teluk Batik/TLDM)
Penceramah: Barisan Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Negeri.
Dr. Khairudin Abd Malek
En. Mustafa Ayub
YB Sivanesan
YB Wong Kah Woh
En. Muhammad KY Tiang Abdullah
Contact:
En Wong Gay Ming 016-5582622 (DAP)
Hj. Hamidon 013-4220773 (PAS)
En. Yusri 012-5197950 (PKR)
En Jason Ling 012-5832108 (DAP)
Edited by : OM Che' Gun
KECOH DI KEMUNTING
SAYA BARU BALIK CUBA UNTUK MEMBUAT TINJAUAN DI KAMUNTING BILA MENDENGAR ADA BERLAKU KEKECOHAN DISANA. ATAS NASIHAT KELUARGA SAYA TIDAK BOLEH PERGI KE SITU.
NAMUN, SAYA TELAH MENGHUBUNGI BEBERAPA ORANG KAWAN YG TINGGAL DI SANA UNTUK MENGETAHUI KEADAAN YG SEBENARNYA. MEREKA BERCERITA ADA SEKUMPULAN ORG INDIA CUBA UNTUK MENYAMUN ORG MELAYU DI KAMUNTING.
TERUK ORG MELAYU TU DIKERJAKAN INDIA2 TERSEBUT HINGGA SEORANG MELAYUTU KOMA DAN TELAH MENINGGAL DUNIA. BILA KWN2 YG MELAYUTU TAHU CERITA BERKENAAN MEREKAPUN SALING MENGHUBUNGI KWN2YG LAIN MENCARI ORG2 INDIA YG MEMBUAT ANGKARA TERSEBUT.
SAYA DENGAR PEKIDAPUN DAH MASUK CAMPUR. DEPE DPT JUMPA 5 ORG INDIA YG BUAT ANGKARA TERSEBUT MAKA BERLAKULAH PERGADUHAN. ADA SEORANG INDIA PUTUS PERGELANGAN TANGAN. MANGSA2 KEJADIAN ADA DI HOSPITAL TAIPING LANI.
PTG TADI POLIS TELAH MENGARAHKAN KILANG2 YG BERADA DIKAWASAN KAMUNTING TUTUP OPERASI AWAL YAKNI JAM 6 PETANG.BERITA INI MEMANG MENGGEMPARKAN. KITA TIDAK MAHU BERLAKU 13 MEI LAGI. KWN SAYA BERITAHU, MLMNI INDIA AKAN BUAT HURU HARA DIKAWASAN TERSEBUT BAGI MEMBALAS DENDAM.
UNTUK MAKLUMAN YB, KAWASAN SEKITAR KEDAI SELERA MALAM KAMUNTING, KE KORNER, PETRONAS, BUS EXPRESS KAMUNTING PENUH DGN ORG2 MELAYU DAN POLIS SEKARANG. SAYA MENYERU KEPADA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA DI KAWASAN TERSEBUT, JGN MAINKAN ISU PERKAUMAN. SAMA2 KITA JAGA KEHARMONIAN HIDUP DI MALAYSIA. YG BUAT HALNI ORG YG TAK TAHU UNDANG2. BERTINDAKLAH SECARA BIJAK........WALLAHUAKLAM
ANAK KOMANDO REJIMEN 1
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:47 AM
Tuesday, June 9, 2009
INTAILAH AKU SEMASA NAMPAK

Monday, June 8, 2009

PERWAKILAN PAS

Buat masa ini teman masih kekal tidak menyokong UMNO dan sekutunya.
http://jantantuya.blogspot.com/2009/06/teman-mangkah-pas-tapi-ngape-pas-tak.html
JANGAN LUPA ISTERI...

Posted on Thursday, May 21 @ 14:44:32
SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa.Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai ' dewa bangsawan politik. '
Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan.Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.
Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.
Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.
Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.
Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!
Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor?Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.
Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak menerusi pembacaan merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.
Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.
Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.
Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.
Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.
Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.
Mungkin ada juga yang tak tahu, bekas suami Datin Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 RTM1. Antara anak perempuan Datin Rosmah Mansor dan Farid Ismeth ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Dr Fazley.
Saturday, June 6, 2009
SAMA SAMA MEMPELAJARI SEMBAHYANG

Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain.
JK PAS PUSAT 2009-2011
Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448
-malaysiakini-
Thursday, June 4, 2009
PESANAN BUAT 1 MALAYSIA

Hari ini usia kome dah lebih 50 puluh tahun , usia mike pun sama cam tu gak , usia deme pun cam tu gak ... Hari ni dah lebih 50 tahun gak dok bawah pemerintahan UMNO dan selama itu juga kita telah menilai dari perpepsi kita sendiri, ada yang menilai dari segi pembangunan , ada yang menilai dari sudut sukan , ada yang tengok dari segi ekonomi atau pendidikan. Kalau UMNO dikatakan yang selama ini berjuang untuk melayu, adakah berjaya perjuangan UMNO hingga ke hari ini . Baru baru ini di carta 10 manusia 1 Malaysia terkaya dan kalau tak silap aku ada satu orang melayu yang berada dalam carta tu , tu pun no 6 ke no 8 . Disini dalil bahawa perjuangan UMNO untuk orang melayu di kira gagal . Bukan aku nak kisahkan sangat pasal assabiyah ni , tapi nak bagi tau setelah lebih 50 tahun hanya ada 1 melayu yang kaya di bumi tanah tumpah , tu pun bukan no. 1....
Kalau itu dikira berjaya ...hehe
Sukan ? pernah ke pasukan bola sepak kita layak ke pusingan akhir piala dunia tak pun piala asia.. adakah bolasepak tempatan kita setanding dengan status yang diberikan.. kemana arah sepak takraw ..
Sukan yang memberi pingat untuk 1 Malaysia atau menjulang nama 1 Malaysia di peringkat antarabangsa rata rata bukan dari kalangan orang melayu .. bukan aku nak main kan isu perkauman kat sini.. aku pun tumpang gembira kalau Nicol David dan Lee Chong Wei jadi pemain no 1 dunia atau Alex Yoong jadi pelumba F1 , cuma sekali lagi nak bagi tau UMNO gagal membentuk orang melayu dalam sukan..
Soal pembangunan , dunia kini memang akan membangun serentak dengan janji ALLAH dunia akhir zaman pembangunan akan berlaku dan kalau kita nak pembangunan baik kita bagi DAP perintah , akan bertambah maju dari apa yang kita dapat sekarang..bukan aku tak bersyukur tapi kalau pembangunan lah yang di jadikan alasan..
Tugas kita menilai telah selesai setelah lebih 50 tahun kita di beri peluang untuk menilai apa yang kita pada hari ini..
Tugas kita sekarang adalah untuk memilih PAKATAN RAKYAT untuk tempoh 50 tahun akan datang dan kita tak dapat salahkan mereka sekarang kerana mereka belum di beri kuasa..
Pahami lah tugas kita sekarang untuk PAKATAN RAKYAT ialah memilih/menyokong bukan menilai..kita akan nilai mereka selepas 50 tahun datang dan jika mereka juga gagal sebagaimana UMNO telah gagalkan kita , kita berhak singkirkan mereka seperti kita singkir kan UMNO hari ini.......
ikhlas dari
YH