taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Friday, August 28, 2009

MERDEKA JIWA



Tak lama lagi Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan..tak kira lah cara macam mana kita mendapat kemerdekaan itu..dengan darah, dengan keringat, dengan putar belit atau dengan keterpaksaan..MERDEKA KAH KITA..merdeka sebenar adalah bebas dari neraka allah..

Hari ini aku melihat masjid..surau dipenuhi saf safnya oleh golongan tak kira usia muda..tua..tak kira waktu..semuanya bagaikan seganding mengimarahkan..yang bersembahyang..yang membaca al quran..dan yang sedang belajar fardu ain..ALHAMDULILLAH kita telah berjaya..

Hari ini juga aku melihat banyak pasaraya besar di bandar bandar utama di Malaysia kepunyaan MILIK KITA..juga kedai kedai runcit di taman, di kampung hampir kesemua nya MILIK KITA..ALHAMDULILLAH kita dah berjaya..

Pun hari ini aku juga melihat anak anak kita tidak lagi merempit,meragut,bersosial , berpeleseran , menagih dadah , menghirup arak , estacy , ice , bersekedudukan dan segala macam kerosakan..kebanyakan menghabis masa mendalami ilmu bermula dari pondok hingga ke Azhar.. ALHAMDULILLAH kita hampir selesai dengan masaalah sosial..

Dan sesungguh hari ini dapat juga aku melihat undang undang allah dapat dijalankan di bumi Malaysia..pencuri di potong tangan..penzina di rejam.. peminum arak di rotan ALHAMDULILLAH kita dah berjaya ..

Mana pergi nya PAS ni.. mana UMNO ni.. mana PKR ni..ALHAMDULILLAH semua itu tiada lagi..semua nya melagu kan al quran dirumah sendiri..tidak ada ceramah politik di hujung hujung kampung..tidak ada lagi putar belit di TV TV kerajaan..

Semuanya ke surau , masjid berdekatan dan pulang mengajar anak anak mengaji al quran di rumah , menghafal hadis , mentelaah kitab..kita sudah tiada minat lagi pada HARAKAH ..pada UTUSAN MALAYSIA.. paling tidak pun kita akan mentelaah SAIRUS SALIKIN

Kampung kampung .. taman taman .. bandar bandar.. tidak ada lagi UMNO,PAS mahupun KEADILAN..semuanya bersama bersatu dalam satu ukhuwah islamiah yang hebat.. ALHAMDULILLAH..tuhan telah menyatukan kita semua SESAMA ISLAM..

Dan tak lama lagi kita akan menyambut ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 115 …INSYAALLAH……………….semuanya ini terjadi selepas UMNO berjaya dihancurkan..

Thursday, August 27, 2009

SAYANG KAN PAS


Aku ingatkan diriku bahawa ujian allah akan datang kepada kita selagi kita beriman dan bertaqwa kepadanya..ujian datang masa kita susah , masa kita senang , masa kita sihat juga masa kita sakit..paling penting sejauh mana kita menghadapi ujian demi ujian bagi menjadi kan kita golongan yang beriman dan bertaqwa.. JANGAN KAMU KATA KAMU BERIMAN SELAGI MANA BELUM DI UJI…

Semoga apa yg aku utarakan ini tidak menimbulkan kemarahan semua pihak..pahami lah secara rasional dan bersikap terbuka supaya yg baik dapat di lihat..

Ujian allah juga datang pada PAS ..masa kita kalah kita tahu bersyukur dan lebih bnyk memohon pertolongan darinya..dan sehingga allah benar benar memberi pertolongan dengan memberi kemenangan kepada PR memerintah Perak..lebih menakjubkan allah memilih wakil dari PAS sebagai Menteri Besar Perak biarpun mempunyai jumlah kerusi yang paling sedikit..kerja siapakah itu..kita tahu dan kita telah bersyukur atas pemberiannya..

Setelah 11 bulan kita memerintah bersama PR , kita telah digembirakan dgn satu lagi kemasukan adun Bota , Nasha ke dalam PR ..habeh penuh satu stadium kat bota termasuk lah aku kena kencing..(lupakah kita) tak sampai 3 hari kerajaan Perak PR telah di rampas oleh Umno dan Dr Zambry telah di umumkan sebagai Menteri Besar.. Kerja siapakah itu.. Apakah kita muhasabah diri tentang apa yg berlaku..kita tidak tahu apa yg dilakukan oleh pimpinan PR terhadap Hj Nizar..Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan..lupakah kita itu juga ujian tuhan...

ALLAH MEMBERIKAN MANA MANA KERAJAAN YANG DI KEHENDAKINYA DAN ALLAH JUA YANG MENJATUHKAN MANA MANA KERAJAAN YANG DIKEHENDAKI NYA….

Dan apakah kita PAS merasakan itu ujian allah..Tak, kita PAS tak mengaku itu ujian tuhan..kita percaya itu perbuatan khianat umno..itu memang perbuatan khianat umno tapi atas kuasa apa mereka dapat melakukan..dimana iman kita..kita turun bergolek , meniarap , di jalan jalan raya ..kita menyokong mengadakan sidang memalukan di bawah pokok , kita mencerca sultan , mufti dan siapa saja yang memberi penentangan..mana perginya akhlak peribadi seorang muslim..akhlak rasullullah yang kita selalu ceritakan..tuhan telah menghina kita kerana kita lupa ketentuan ilahi…

Yang ada hanya cerita cerita kosong , cerita penglipur lara mendodoikan anak tidor.. penuh dengan fitnah , umpatan , makian , cercaan , kalau nak kata Dr Zambry tu perampas kerajaan atau apa apa berkaitan kerajaan aku boleh terima..ni cakap hitam le, mugabe, mamak roti ler..bukankah itu mengumpat namanya..lebih teruk lagi di cakapkan dalam surau dan oleh org org yg tahu agama macam kita..kita parti islam..kalau ini berjaya kita bendung aku percaya makin bertambah sokongan dari rakyat terhadap kita dan yang terpenting kita mohon dari kemurkaan allah bersempena ramadhan ini..SAMA SAMA LAH KITA BERUBAH..kerana UMNO pasti bukan pembela islam..

YANG BAIK DARI ALLAH…

Tuesday, August 18, 2009

ANDA MUNGKIN TAHU






Oleh Zamri Kecik


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa


3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau = penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. Anda perlu cuba jika tak percaya.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja) 27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

Sunday, August 16, 2009

ISLAM UNTUK SEMUA


Aku nak ajak korang semua menghayati kalimah PAS FOR ALL atau PAS UNTUK SEMUA yang semua kita laungkan..juga melalui banner , sticker , t shirt dll..semesti nya kita patut paham kalimah itu dalam maksud sebenar supaya ianya bukan sekadar retorik semata mata sebagaimana retoriknya 1 MALAYSIA..
Seperti mana kita tau PAS UNTUK SEMUA mempunyai maksud besar dalam arus politik kita..sebesar hajat kita semua..mengajak rakan rakan dari kaum india, kaum cina , iban, bidayuh menyertai PAS sehingga tertubuhnya KELAB PENYOKONG PAS..dan atas sebab kalimah itu juga ianya di lagukan dalam bahasa inggeris bagi meraih keutamaan bagi kaum lain..KITA...

Apakah ia hanya untuk kaum lain..KITA BAGAIMANA..

Kita jua tau islam meliputi semua..SIASAH .MUKANAKAHAT..MUAMALAT..JINAYAT semua nya ada didalam islam..PAS UNTUK SEMUA sama dengan ISLAM UNTUK SEMUA..dan semua bab disebutkan ada dalam islam..apakah ada dalam islam juga ada dalam PAS..sebab islam bukan hanya politik semata..

Setiap hari kita memerlukan asas asasi di rumah seperti beras , gula , tepung dan minyak masak..ini yang hanya kita perlukan dirumah setiap hari..YANG LAIN ADALAH LEBIHAN..dan kita juga dalam memberi bantuan tak akan lari dari memberi asas ini..
Apa kita kita mulakan dengan bangunkan beberapa kilang kecil membuat tepung di negeri yang kita ada sekarang (tak campur negeri yang dirampas) bagi memberi asas tadi buat semua rumah ahli PAS seluruh MALAYSIA..

Kita dengan lebih mudah tanpa perlu mencari pasaran kedai runcit, mini market, pasaraya..hanya dengan membekal pada setiap cawangan seluruh negara dapat menjana keuntungan ekonomi islam disamping memberi bekalan HALALAN TOYYIBAH untuk semua..
Jika di perlukan infak dari setiap ahli RM10 seorang bagi membangunkan kilang kecil tersebut, insyaallah aku akan bagi RM20..dan jika harga tepung semasa di jual RM2.30 sekilo ..kat aku hampa boleh jual RM2.50..

Bukan aku cakap besar atau omong kosong..SEMUA NYA KERANA ISLAM..
Anak anak kita juga berpeluang bekerja di sana...

YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH..

Tuesday, August 11, 2009

BABI DAN SELSEMA


Influenza A H1N1 atau nama lebih meriah selsema babi telah meragut 38 nyawa setakat ini. Mati adalah ketentuan ilahi..selsema babi hanya penyebab..ia mungkin datang pada sesiapa saja yang di kehendaki..
Semua ini adalah musibah bagi mereka yang takbur dengan kekuasaan tuhan..dan bagi yang redha dengan ketentuan menganggap sebagai ujian bagi kita untuk terus merenung kebesaran tuhan.
Seperti mana kita tahu..aurat didalam islam bagi wanita paling kurang hanya wajah dan tapak tangan saja yang dibenarkan..selain itu dikira aurat hatta suara sekalipun..bagi golongan terdahulu hijab lebih merupakan penutupan aurat wanita yang sebenar..
Bila kita lari dari hukum tuhan pasti akan sampai balasan darinya bagi mengingat kan kita apa yang alpa..dan mulai kini kita akan melihat ramai yang akan mengenakan topeng muka(hijab) bagi mengelakan selsema babi..
SESUNGGUHNYA mati memang merupakan satu peringatan yang berkesan..
Kita juga di galakkan kerap membasuh tangan bagi menghindari Inflenza A..dan siapakah yang paling kerap mencuci tangan..manusia yang menunaikan solat pasti tidak terlepas dari mengambil wudhuk..dan semestinya membasuh tangan..
ALQuran telahpun mengatakan babi itu haram sehingga diletakan dalam najis yang terberat..manusia pandang mudah..dan diceritakan didalam daging babi itu mempunyai sejenis ulat yang boleh mendatang pelbagai penyakit..
Kenapa kebanyakan yang mati adalah kanak kanak..dan kenapa mesti kerap membasuh tangan..dan paling perlu diperhatikan KENAPA MESTI MENUTUP MULUT ..apa kah allah jadikan semua ini sia sia..telah 2 sebaran wabak melalui mulut..ari tu SARS dan sekarang H1N1..
Kita lebih percayakan apa yang didepan mata..padahal islam melindungi kita dalam semua hal..SEMUA HAL..
KITA di Malaysia masih lagi membela babi..wajarkah kita sekali lagi ke Kuala Lumpur bagi mengadakan satu lagi demontrasi penghapusan / penutupan ternakan ternakan babi di Malaysia..
Sedikit iktibar dari cerita Ust Azizan Menteri Besar Kedah dengan langkah berani dan mendahului kita..dengan hanya merobohkan pusat penyembelihan babi dan tak sampai seminggu..
ALLAH telah mengganjarkan dengan satu kontrak pelaburan bernilai 3.8 billon
Adakah Ust Azizan akan tewas pada pilihanraya akan datang ..jika di takdirkan kalah sekalipun aku tetap menikmati kemanisan kebenaran yang tanpa perlu di laungkan.. ..KITA BERADA DIDALAM PAS KERANA MENJAGA KEPENTINGAN AGAMA BUKAN MENJAGA KEPENTINGAN POLITIK

YANG BAIK DARI ALLAH..

Thursday, August 6, 2009

TERUSKAN BOIKOT...

100 Tahun Yang Lalu

Izinkan aku membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israelNestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Aku yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

aku terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

mcbc-business-excellence-awards-kuala-lumpur-2006-nestle-milo
Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia
Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Aku tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah aku sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

fakta-milo-wikipedia
Fakta yang hilang?
Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang aku sendiri pun tidak tahu.

Aku tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.

Aku terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

shahrir-urges-restaurants-to-lower-price-of-milo
Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>
Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.

Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk

shahrir-minum-milo-depan-sullivan
Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. Sumber>>
Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

boikot-nescafe-darah-palestin Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

BOYCOTT ISRAELI


TAHNIAH .... TERUS KAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL
lanjutan nya nanti...

Wednesday, August 5, 2009

LILIN SI NIZAR 2


Salam 2 all.
Didalam respon kepada tulisan saya bertajuk Lilin Si Nizar, ramai yang bertanya apa pendirian saya berkenaan perbuatan YB DS Nizar menghadiri serta menyalakan lilin dalam upacara "candlelite vigil" untuk memperingati mendian Teoh Beng Hock.
Pertama yang perlu saya perjelaskan bahawa isu yang saya bangkitkan dalam tulisan tersebut ialah sikap "fatwa selektif" yang dibuat oleh Sahibus Samahah Tan Sri Mufti Perak. Sebagai seorang ulama' dan Mufti, SS Tan Sri Mufti sepatutnya bertindak non-partisan, tanpa memilih bulu dan hendaklah mengeluarkan fatwa atau hukum "without fear or favor". Janganlah kalau sesuatu isu atau perkara itu terkena hidung Raja atau Kerajaan beliau tidak berbuat apa-apa, tapi kalu kena orang lain bukan main laju beliau berfatwa.
Walaubagaimanapun, saya tetap menghormati SS Tan Sri Mufti, cuma kita juga berhak membuat teguran apabila keadaan memerlukan.Berbalik kepada isu YB DS Nizar dalam insiden memasang lilin "candlelite vigil" sempena kematian mendiang Teoh Beng Hock, saya ingin memperjelaskan bahawa saya secara peribadi memang tidak bersetuju dengan tindakan YB DS Nizar menyalakan dan melibatkan diri dalam upacara tersebut.
Malahan ini bukan pertama kali saya menegur YB DS Nizar. Saya satu-satunya MP Pakatan Rakyat yang menegur tindakan beliau menjerit didalam Parlimen sebaik acara angkat sumpah beliau disempurnakan, walaupun saya bersetuju tindakan Be End merampas kuasa di Perak itu tidak sepatutnya berlaku.
Saya tahu tindakan saya itu tidak disenangi ramai dikalangan Pakatan Rakyat, namun saya berpendapat tindakan tersebut tidak sesuai dengan status beliau sebagai bekas MB, dan bercanggah dengan adab dan akhlak seorang Muslim.
Saya sebenarnya tidak pasti apakah hukumnya melibatkan diri dalam upacara "candlelite vigil" saperti yang dilakukan oleh YB DS Nizar, itu kita kena tanya ulama'. Setahu saya Dewan Ulama' PAS sendiri tidak bersetuju dengan tindakan itu dan telah menegur tindakan YB DS Nizar. Bagi saya sendiri apa yang jelas perbuatan tersebut mengundang pelbagai fitnah dan spekulasi negatif. Tambahan perbuatan menyalakan lilin dalam upacara "candlelite vigil" mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi penganut Kristian.Kita telah ditegur oleh ALLAH sendiri didalam banyak ayat didalam Al Quran dan hadis Rasulullah supaya tidak melakukan perbuatan menyerupai Nasara, Yahudi maupun musyrik.Saya sendiri langsung tidak melibatkan diri samada upacara "candlelite vigil", demonstrasi, pengkebumian atau apa-apa upacara berkaitan keagamaan yang melibatkan mendiang Teoh Beng Hock. Malahan pendirian yang sama saya ambil semasa kes Kugan tempohari. Pada saya, sebagai umat Islam, ada batasan yang perlu kita hormati dan patuhi dalam semua perkara.
Walaubagaimanapun, saya tetap berpendirian bahawa siasatan keatas kematian mendiang Teoh hendaklah dibuat dengan transparen, telus dan berdasarkan hukum keadilan supaya kematian beliau dapat disahkan punca sebenarnya. Malahan saya antara orang yang terawal menyiarkan berita kematian mengejut mendiang Teoh.Bagaimanapun apa yang saya nak bangkitkan dalam tulisan saya itu ialah sikap double standard SS Tan Sri Mufti Perak. Beliau patut bertegas dalam semua hal membabitkan hukum samada melibattkan kerajaan, Pembangkang mahupun Raja-Raja. Malahan siapa juga pun tidak kira!Saya juga mahu tahu apa pendirian SS Tan Sri apabila Be End mengambil kuasa Kerajaan Perak melalui "pintu belakang" contohnya. Apa pulak pendirian SS Tan Sri dalam isu DSAI dituduh meliwat tanpa menurut hukum syara'. Apa pula pendirian SS Tan Sri dengan sikap kerajaan terus menerus mengadakan upacara bertafakkur dihadapan Tugu Negara yang diisytiharkan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?
Bagaimana pula dengan sikap pemerintah yang langsung dilihat tidak ambil peduli dalam masalah pramugari Islam yang dipaksa memakai skirt pendek lagi ketat oleh Penerbangan Air Asia. Bagaiaman pula dengan sikap Menteri Agama yang menyatakan Enakmen Jenayah Syarie yang menukar hukuman didalam Al Quran kepada hukuman ciptaan manusia sudah memenuhi kriteria perundangan Islam kerana mempunyai "roh & semangat" ta'zir!? Dan banyak lagi isu yang sebagai Mufti beliau wajib memberikan pandangan dan "fatwanya" kerana membabitkan maslahah umum.Sebagai Mufti, SS Tan Sri wajib menjalankan tugas dan tanggunjawab beliau "without fear or favor", tanpa mengira pangkat dan kedudukan, tanpa mengira warna kulit.Harapan tinggi umat Islam diletakkan kebahu para mufti dan ulama' hari ini untuk membawa kita kearah pengabdian hakiki kapada ALLAH dan mendapat keredhoanNya.
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan petunjuk dan hidayahNya..ameen.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Malam Jumaat
09 Sya'ban 1430
31 Julai 2009

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger