taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Monday, June 15, 2009

lagi pasal SPM

Oleh nurzaman


BARU-BARU ini aku lepak kat Kedai Mee Omar Machang Bubok, Bukit Mertajam dan duduk bersama kawan-kawan. Semenangnya kedai kopi adalah parlimen bagi orang kampung. Apa saja isu baik isu dalam kampung, isu negara malah mencangkau isu dunia pasti ada yang akan berdiskusi.

Jika kita hendak tahu apa yang berlaku dalam kampung rajin-rajinlah jengok kat masjid atau kedai kopi. Jika hanya bekerja tanpa menjengok dua tempat ini kita tidak akan tahu apa yang berlaku di tempat kita.

Ketika sedang lepak-lepak datang seorang kawan yang memang kaki bola dan dia ni kalau kata bola sampai Kuala Lumpur dia sanggup pergi dan dia juga sanggup berjegil sampai pagi tengok bola dan keesokannya pastilah tak pergi kerja.

Beliau mengatakan yang usaha kerajaan khususnya Menteri Pendidikan yang baru Tan Sri Mahyudin Yasin amat baik untuk perkembangan sukan. Jadi murid-murid ada banyak masa untuk buat aktiviti lain, Kadang-kadang ada pelajaran yang berbakat besar dalam sukan tapi keluarga tak benarkan dia ambil bahagia takut pelajarannya terjejas.

“Lani dengan hanya 4 mata pelajaran teras dan boleh mengambil sehingga 10 mata pelajaran satu perkembangan yang baik.” Kata teman yang kaki bola.

“Betul! Aku setuju naknya Menteri Pendidikan baru ini lebih prihatin terhadap masalah para pelajar dan baru saja mengambil-alih jawatan itu telah memberikan cadangan yang baik.” sokongan kawan lain yang memang penyokong kuat UMNO.

Kata kawan penyokong umno lagi, kalau dilaksanakan memang baik dulu para pelajar terpaksa belajar lebih kerana mata pelajaran teras 6 dan kini akan dikurangkan 4 dan kalau mereka ambil lebih-lebih 6 dan sekarang paling kurang 8 mata pelajaran.

“Betul!” kata kawan yang kaki bola

“Betul memang betul dan baik memang baik kerana kurangkan mata pelajaran teras daripada 6 kepada 4 dan mungkin para pelajar biasa akan ambil hanya 6 mata pelajaran. Maka pelajar kita akan punya masa yang lebih untuk belajar dan mendalamkan ilmu dan juga ada masa untuk bergiat dalam aktiviti luar. Tapi persoalannya kenapa pelu had hanya 10 mata pelajaran?” kata orang kuat PAS di kampung tempat tinggalku.

“Betul, kalau mereka boleh buat 100A pun biarlah mereka buat tapi mata pelajaran teras biarkan 4. Jadi aku nampak mereka ini para pemimpin UMNO khususnya cemburu anak-anak mereka tak pandai nak dapat dua tiga A pun sussah sebab itu depan had, mereka sakit hati tendok anak orang susah di kampung dapat 21A, 17A dan sebagainya.” Kata seorang penyokong kuat PKR dan di sudahi dengan ketawa yang berderai.


Inilah pengalaman yang aku pernah dan sering lalui. Dan aku hanya menjadi pemerhati dalam sessi perbincangan parlimen kampung ini walaupun hakikatnya ada banyak yang hendak aku lontarkan. Biarlah mereka lontarkan pandangan dan pendapat mereka. Walaupun mereka hanya orang kampung yang mungkin para pemimpin yang berkuasa merasakan orang kampung tidak pandai dan tidak tahu apa dan mereka akan menurut apa saja keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Memang para pemimpin BN khususnya UMNO telah tenggelam dalam kuasa yang mereka ada ditangan dan mereka lupa dan lalai kuasa yang ada ditangan mereka sebenarnya diberikan oleh oleh rakyat bawahan. Mereka lupa itu.

Dalam keadaan ini saya teringatkan kata-kata Datuk seri Dr. Ibrahim Saad kepada saya satu hari ketika berbual dengan beliau.
“Dulu semasa saya sebagai pensyarah saya tak tahu nilai sebenar manusia biasa. Saya selalu memandang rendah kepada mereka. Tapi setelah saya menyertai politik saya baru tahu dan saya baru kenal nilai manusia lagi.”
“Semuanya sama saja tak kira siapa, samada dia itu orang kaya, miskin, panadai atau bodoh semuanya sama saja. Kalau orang kaya boleh bagi duit untuk sponsor tapi orang kaya tak akan naik pokok tampal poster. Jadi kini bagi saya semuanya sama.” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger