taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Tuesday, October 27, 2009

2 aziz yang memandai mandai






`Alif Laam Miim. Ghulibatirruum` Bermaksud- Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Ar-Rom 1-2. Selawat dan salam penuh kasih sayang kepada Rasul saw, kaum keluarga baginda dan semua para sahabat yang dihormati sekelian. Kepada semua saudara ummah yang tetap memperjuangkan kebenaran di zaman ini semoga terus mendapat petunjuk.

Jika gelagat kedua-dua Abd Aziz yang telah menjadi bualan ramai itu tidak melibatkan kepentingan dan masa depan ummah, saya pun tidak rasa perlu untuk masuk campur lagi kerana telah banyak kita dengar pandangan yang pro dan kontra berkaitan provokasi mereka. Tetapi saya lihat masih tidak ada atau terlalu sedikit yang benar-benar meletakkan kepentingan ummat Islam sebagai kayu pengukur kepada pro dan kontra pandangan-pandangan tersebut. Saya ingin mengajak ummat Islam semua melihat serta menilai apa untung dan ruginya menyokong atau menyanggah pandangan tersebut ataupun mempunyai pandangan yang lain supaya lebih memberi manfaat kepada ummah.

A.Aziz yang pertama sebagai ahli akademik, pensyarah undang-undang yang selama ini dilihat pro PAS telah membuat kritikan yang agak `ultra` sehingga masuk campur dalam urusan kepimpinan PAS dan cuba membuat provokasi berkaitan hirarki kepimpinan PAS kini, yang ideal bagi pandangan beliau supaya sesuai dan serasi dengan rakan dalam PR menghadapi lawan mereka BN. Keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang yang tidak memihak kepada PAS (PR) dijadikan antara asas utama logik akademik beliau. Walau pun dalam siri rentetan pilihanraya kecil sebelum ini memihak kepada PR sudah tidak penting lagi nampaknya bagi A.Aziz (1). Begitu juga sebaliknya biarpun banyak pandangan-pandangan beliau mengenai undang-undang dan demokrasi diguna pakai oleh ahli PAS serta pimpinannya sebelum ini, sekarang tidak! kerana beliau telah memasuki ruang `penalti` yang dirasakan bukan untuknya.

A.Aziz kedua yang memang telah dikenali mediamassa `pantang dijolok` lalu buat-buat latah mencadangkan provokasi kedua iaitu Muktamar Khas memilih pimpinan tertinggi bagi merealisasikan saranan ahli akademik yang menunjukkan prihatin kepada masa depan PAS itu. Sedangkan PAS baru saja memilih dan menerima mandat kira-kira 5 bulan yang lalu. Yang peleknya lagi, dia tu sendiri Mursyidul Am PAS, kalau perkara tu besar dan penting sangat, saya rasa elok saja dia yang panggil `meeting` Majlis Syura PAS dan taklah riuh seluruh dunia dan ummah pun tak pening kepala memikirkannya. Tetapi mungkin kerana selalu terbawa-bawa dengan tabiat `berpolitik` semua perkara nak dipolitikkannya. Gelombang kedua inilah bagi saya, sebenarnya yang menepati kemahuan dan kehendak banyak pihak-pihak yang berkepentingan di dalam dan di luar PAS. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima keputusan muktamar yang tidak memihak kepada golongan pro Anwar lalu menunggu issu yang boleh dikira sesuai untuk dikocak dan digaulkan semula bagi memenuhi kepentingan mereka yang nampaknya sudah mulai hilang kesabaran serta kewarasan.

Jika diimbas kembali, sebelum muktamar PAS yang lalu telah wujud dua kecenderungan berikut;

1) Pro Anwar dengan berkiblatkan PR tanpa berdolak dalih lagi, bahasa mudah saya `percaya bulat-bulat` dengan Anwar dan DAP yang dinaungi oleh A.Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS serta puak-puak profesional yang kurang berpengalaman dalam PAS, contoh dalam issu 16 September.

2) Bersama dengan PR tetapi waspada dengan Anwar dan DAP serta bersedia pula untuk berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO untuk kepentingan ummat Islam dan perjuangan Islam. Mereka dinaungi oleh Presiden, Timbalan dan mereka yang telah lama dalam sepak terajang politik Malaysia seperti Mustaffa Ali dan lain-lain yang dilebel sebagai `puak Erdogan` oleh golongan profesional.

Sebagai ahli biasa PAS, saya melihat wujudnya 2 kecenderungan tersebut mempunyai kepentingan atau latar belakang sejarah yang berbeza. Yang pro Anwar dan berpatah arang dengan UMNO ialah mereka yang percaya bahawa UMNO/BN adalah musuh utama bagi perjuangan Islam di Malaysia dan perlu ditentang habis-habisan. Untuk menentang UMNO/BN mereka merasa peribadi Anwar dan PR ada kekuatan yang ampuh bagi meruntuhkan kerajaan BN lalu ditegakkan kerajaan PR. Mereka seolah-olah mengkultuskan Anwar dan DAP kerana sudi berkawan dengan PAS. Kecenderungan inilah yang popular dan mudah untuk kita dapati di mana-mana. Tambahan pula ramai profesional menyebelahi dan mereka `smart` bertindak serta melebelkan musuh. Persoalan saya, mungkin juga ummah yang lain kerajaan PR itu sendiri nanti, apa asas dan dasar-dasar persetujuan bertulis mereka? Adakah Islam dan ummah jadi keutamaan mereka atau hanya aku-janji yang tidak boleh dipegang tetapi hanya menepati ciri-ciri populist dan kemahuan massa ?

Kedua, kecenderungan yang tidak popular dan masih dibayangi pengaruh PAS tradisi yang mengambil sikap berhati-hati dan dilihat lembab serta lambat bertindak, tidak agresif (kolot) tetapi ditakdirkan Allah swt masih menguasai pimpinan utama PAS selepas muktamar kecuali Mursyidul Am. Saya melihat kecenderungan pihak yang dilebelkan tradisi atau ortodok ini oleh pihak-pihak yang bernafsu besar ada mempunyai ciri-ciri atau sikap berhati-hati serta berprinsip warisan Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam menjalinkan perhubungan dengan pihak lain. Dan yang terlebih penting mereka tidak terus memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak kerana nak menjaga atau mengambil hati kawan baru. Mereka bertindak sebagai sekurang-kurangnya lelaki kalau tidak `jantan` pun, bebas untuk berkahwin lebih dari seorang. Pihak satu lagi pula nak supaya PAS ni berwatak `perempuan` hanya boleh kahwin dengan seorang laki saja, kalau main kayu tiga atau empat, `pompuan` tu jahat namanya. Kepada ahli-ahli PAS, kerana saya pun ahli juga, PAS ni ibarat seperti `perempuan` ka atau lelaki sejati dalam kedudukan menjalinkan kerjasama ini?

PAS ni nak jaga kepentingan kekasih ka atau nak jaga kepentingan ummah? Kalau tidak berhajat nak tinggalkan kekasih pun, berkira la dengan orang tua-tua untuk kahwin bagi sah ada hitam putih baru la beranak pinak nanti tak timbul masalah. Takut nanti ada yang buat kerja sambut Deepavalli, ada yang dok kalut nak pi haji dan ada pula dok kira dah, nak dapat hadiah Christmas serta angpow Tahun Baru Cina. Kalau pun nak berbincang dengan UMNO dan Raja-raja Melayu untuk mengambil peluang supaya Islam boleh ditegakkan, bincanglah betul-betul! Nak takut dekat sapa? Kita buat untuk kepentingan kita, ummah dan Islam. Itulah siasah yang sepatutnya ada dan itulah yang Almarhum dulu tinggalkan. Saya doakan supaya PAS tidak terpengaruh dengan gerakan populist yang cuba mengikis saki baki perjuangan PAS yang masih ada kemahuan ikhlas diperingkat tradisi untuk memartabatkan Islam yang sebenar demi kepentingan ummah. Firman Allah bermaksud, `Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.` Al-Baqarah 143.

Jika mereka yang tak mau terima hakikat perjuangan Islam perlu begitu, merekalah sepatutnya mencari alternatif menubuhkan parti baru PUS misalnya `Pakate Untuk Semuo` A.Aziz Nik Mat boleh jadi Mursyid merangkap Presiden seumur hidup dan A.Aziz Bari layak jadi SU Agung Tetap. Timbalan, Naib-naib dan Ajknya banyak boleh pilih, popular belaka; Husam, Khalid Samad, Dr Mujahid, Hanipa Maidin, Ir Nizar, Dr Hatta, Dr Lo`Lo`, Dr Mareah dan ramai lagi kecuali ana. Sekian.

- katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit -

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger