taffaqquh fidden

INSYAALLAH..09 MUHARRAM 26 DEC (SABTU)SELEPAS SOLAT MAGHRIB..AF USTAZ AHMAD MUNAWIR HJ SALEHUDIN...TERUS KAN KE SURAU TAMAN MELATI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Listen to Quran

Friday, September 4, 2009

PENYUCIAN HARTA



NISAB 2009

TAHUNAN RM7,900.00

HARGA EMAS HARIAN
RM108.84

KADAR NISAB TAHUNAN

TAHUN KADAR NISAB
2009 RM 7,900.00
2008 RM 6,400.00
2007 RM 6,100.00
2006 RM 6,148.76
2005 RM 4,577.59
2004 RM 4,235.16
2003 RM 3,725.93
2002 RM 3 ,182.99
2001 RM 2 ,826.30

Maksud hadis: " Tidak dikenakan ke atasmu apa-apa (zakat) sehingga sampai dua puluh dinar. Jika kamu memiliki dan sampai haulnya, maka padanya (zakat) setengah dinar)"
(Hadis riwayat Abu Daud dan Baihaqi )
1/2 dinar itu adalah 1/40 (2.5 %) daripada 20 dinar. Berdasarkan kiraan sekarang 20 dinar (miskal) emas itu bersamaan dengan 85 gram emas.

Mengikut jumhur ulama fiqh, kadar zakat pada harta yang melebihi nisab juga adalah sama iaitu 1/40 (2.5%) samada lebihnya itu sedikit atau banyak.

Manakala para ulama masa kini dan para pengkaji berpendapat bahawa kadar nisab matawang itu adalah mengikut kadar nisab emas iaitu 85 gram. Perkara ini telah sabit dengan dalil-dalil yang banyak bahawa nisab emas dan perak itu sama sahaja nilainya pada zaman Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan zaman al-Khulafa ar-Rasyidin. Satu dinar sama juga nilainya dengan 10 dirham dan sepakat para ulama bahawa nisab emas berbentuk dinar ialah 20 dinar dan nisab perak berbentuk dirham ialah 200 dirham.

Ulama as-Syafi'yyah menjadikan emas sebagai sandaran dalam menilaikan benda yang dicuri bukannya perak, yang mana jika benda yang dicuri itu sampai nilai 1/4 ( satu perempat ) dinar, maka wajib ke atas pencuri itu dikenakan potong tangan.
Katakan..mengikut harga pasaran sekarang harga satu gram emas (21 karat) ialah RM100.00, maka kadar 85 gram ialah RM100.00 x 85 = RM8500.00 (lapan ribu lima ratus ringgit malaysia).
Demikianlah nisab zakat matawang yang wajib zakat padanya yang didasarkan pada nilai emas.

Walaubagaimanapun, mestilah diambil perhatian bahawa nilai emas akan berubah dari masa ke semasa dengan sebab perubahan turun naik harga emas di pasaran. Oleh yang demikian Majlis Ugama Islam sebagai pihak yang menetapkan kadar zakat akan sentiasa mengikuti harga pasaran emas dan memaklumkan kepada orang ramai yang hendak mengeluarkan zakat wang simpanan mereka dari masa ke semasa.

TERPAHAT

KAMI MENGALU - ALU KAN SEBARANG PANDANGAN & MAKLUMAT ANDA SEMUA...SMS ATAU HUBUNGI DI TALIAN 019 5528 417 ATAU 013 530 9053... BERSAMA BERMAKLUMAT...TERIMA KASIH

About Me

My photo
MANJUNG, Malaysia
019 5528 417
Powered By Blogger